- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lebih Satu Juta Tan Metrik Sisa Buangan Berjadual Dilupuskan Setahun

Must read

Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan pada 12 November 2008 yang lalu menyatakan sehingga 30 September 2008, sisa buangan berjadual yang diterima oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. adalah sebanyak 101,057.3 metrik tan sementara pada tahun 2007, sejumlah 1,138,839 metrik tan buangan berjadual telah dihasilkan oleh industri di seluruh Malaysia dan dari jumlah tersebut, sebanyak 10.4% ataupun 117,982 metrik tan telah dihantar ke kemudahan yang sama manakala pada tahun 2006 pula sebanyak 1,103,457 metrik tan buangan berjadual telah dihasilkan oleh industri di seluruh Malaysia dan dari keseluruhan jumlah buangan terjadual yang terhasil tersebut sebanyak 10% iaitu 110,814 metrik tan telah dihantar ke Kemudahan Bersepadu Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk diolah dan dilupuskan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Dato Dr. James Dawos Mamit Ahli Parlimen Mambong yang ingin tahu jumlah buangan berjadual (toxic wastes) yang dihasilkan oleh industri di negara ini pada tahun-tahun 2006, 2007 dan 2008  dan juga ingin mendapatkan jumlah sisa buangan buangan berjadual yang dihantarkan ke tapak pelupusan Syarikat Kualiti Alam.

Beliau seterusnya menjelaskan berdasarkan jumlah sisa bahan buangan berjadual yang dihantar ke Kemudahan Bersepadu Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk diolah dan dilupuskan adalah sekitar 10% sahaja pada tahun-tahun 2006 hingga September 2008.  Ini menurut beliau terdapat juga lain-lain syarikat yang turut mengendalikan aktiviti pelupusan sisa buangan berjadual yang mana sebanyak 323 lesen telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Mengenai electronic waste ataupun sisa pepejal elektronik Datuk Maznah Mazlan memaklumkan bahawa pada masa ini di dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan di bawah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan iaitu Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, electronic waste adalah termasuk di dalam 77 perkara yang telah disenaraikan dan hal yang berkaitan dengan electronic waste adalah satu isu yang mana ia bukan sahaja pada masa ini sedang diurus atau selenggarakan di peringkat domestik sahaja malah ia juga diperjuangkan di peringkat antarabangsa di Basel Convention.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article