- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

310 Ribu Hektar Kelapa Sawit

Must read


Ditanam di
Tanah Gambut di Malaysia

 

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Encik
A. Kohilan Pillay a/l G. Appu di Malaysia dianggarkan keluasan tanaman sawit
yang diusahakan di tanah gambut adalah seluas 310,000 hektar yang mana agihan
keluasan mengikut kawasan adalah Semenanjung Malaysia ialah 200,000 hektar,
Sarawak ialah 100,000 hektar dan Sabah adalah 10,000 hektar.  Beliau berkata demikian di parlimen ketika
menjawab pertanyaan daripada Dato' Dr. James Dawos Mamit,  Ahli Parlimen Mambong pada 5 November 2008 yang lalu yang ingin tahu tentang
keluasan kawasan penanaman kelapa sawit di tanah gambut dan bagaimana pengairan
dan saliran di kawasan ini diurus dengan baik agar tidak berlakunya pemendapan
tanah gambut (subsidence).

 

Encik A. Kohilan Pillay seterusnya menjelaskan bahawa subsidence atau pemendapan tanah gambut
adalah dipengaruhi oleh jenis tanah gambut dan sistem saliran selepas pembukaan
tanah gambut. Menurut beliau kawasan dengan sistem saliran yang baik,
pemendapan tanah gambut dianggarkan berlaku antara 1.5 meter hingga dua meter
bagi tempoh 25 tahun selepas tanah gambut dibuka untuk tanaman sawit.

 

“Pengurusan pengairan dan saliran yang perlu diberi perhatian agar
kadar pemendapan tanah gambut dikurangkan adalah, pertama, mengawal paras air (water table) di kawasan penanaman sawit
di antara 50 hingga 70 sentimeter dari permukaan tanah dan yang kedua
mengekalkan tanaman penutup bumi dan rumput untuk mengekalkan kelembapan
tanah.”

 

Menjawab soalan seterusnya daripada Dato Dr. James Dawos Mamit
tentang penetapan piawaian paras air (water
table)
daripada permukaan di dalam saliran dan perparitan yang kini
dipraktikkan iaitu pada paras 50 hingga 70 sentimeter dan bukannya pada paras
100 sentimeter ataupun 200 sentimeter, 
Encik A. Kohilan Pillay a/l G. Appu menyatakan bahawa pada paras antara
50 hingga 70 sentimeter daripada permukaan, ini dapat meningkatkan pertumbuhan
pokok dan pengeluaran hasil yang optimum. 

 

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa sistem perparitan atau amalan
pertanian yang baik memang amat diperlukan di kawasan tanah gambut.  Kini kegiatan pertanian di kawasan tanah
gambut khasnya kawasan yang ditanam kelapa sawit, terdapat tiga jenis parit
iaitu parit ladang, parit pengumpul, parit utama, di mana dilengkapi dengan
kunci air dan sebagainya untuk mengawal paras air di tanah gambut.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa kadar pemendapan adalah berbeza
misalnya bagi tanah gambut separate
horizon
, punya kadar pemendapannya ialah
1 hingga 1.5cm setahun, henix horizon pula
ialah di antara 2 hingga 3cm setahun dan fabrik
ialah antara 4 hingga 5cm setahun.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article