- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sifar Kemiskinan Tegar

Must read

Agenda Nasional

Kerajaan telah menetapkan agenda pembasmian kemiskinan sebagai
agenda nasional iaitu mensifarkan kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh
kemiskinan negara.

Ini yang dinyatakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib pada 4 November 2008 ketika menjawab
pertanyaan-pertanyaan daripada ahli parlimen tentang usaha kerajaan berkaitan
perkara berkenaan

Menurut beliau lagi, Usaha-usaha telah dilakukan oleh kerajaan
dalam membasmi kemiskinan tegar. Sebagai perbandingannya, bilangan ketua isi
keluarga miskin tegar pada 31 Jun 2006 mengikut pangkalan data e-SPKR seramai
48,134 telah berkurangan kepada 37,639 pada 30 September 2008. Dalam tempoh
yang sama, bilangan miskin tegar di Pulau Pinang telah berkurangan daripada 82
kepada 22 ketua Isi keluarga. Program peningkatan pendapatan – kerajaan
menyediakan bantuan maksimum RM10 ribu seorang bagi golongan miskin tegar untuk
perniagaan kecil-kecilan, perkhidmatan seperti mesin rumput, perkakasan dobi,
bot dan lain-lain.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah mewujudkan
pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang bersepadu yang dikenali sebagai
e-kasih. Penubuhan focus group
peringkat Persekutuan yang memantau pelaksanaan program pembasmian kemiskinan
dan mencadangkan penambahbaikan kepada penyelesaian itu,” jelas beliau.

Kerajaan juga kini memberikan fokus yang lebih kepada
program-program yang dapat meningkatkan pendapatan seperti program peningkatan
pendapatan, program latihan kemahiran dan kerjaya, memperhebatkan
program-program agropolitan. Pada masa ini kementerian sedang memperhebat dan
memperluaskan pelaksanaan projek agropolitan di seluruh negara dengan model
konsep agropolitan. Selain daripada agropolitan Gahai, beberapa projek
agropolitan sedang dirancang dan dilaksanakan seperti berikut:-

  1. Agropolitan Pulau Bangi;
  2. Agropolitan Cemomoi, Kuantan;
  3. Agropolitan Batang Sadong, Sarawak;
  4. Agropolitan Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah.

Bagi program latihan kemahiran dan kerjaya, jelas Tan Sri Dato’
Muhammad, setakat bulan September 2008, seramai 5,983 orang miskin tegar luar
bandar telah dibantu melalui program peningkatan pendapatan dengan nilai projek
sebanyak RM51,202,405.

“Program latihan kemahiran kerjaya menawarkan kursus latihan
kemahiran kepada 4,000 miskin tegar. Hasil daripada program ini, 70% telah
mendapat pekerjaan daripada pendapatan antara RM450 hingga RM1,000 iaitu
melebihi pendapatan garis kemiskinan tegar yakni RM440.”

“Kementerian sedang menyediakan kajian impak keberkesanan program
di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bertujuan untuk melihat
pencapaian program projek kemiskinan ke atas rakyat termiskin di luar bandar
dan mengenal pasti program atau projek baru untuk dilaksanakan.”

Isu berkaitan dengan prasarana, utiliti dan ameniti sosial di
Sarawak dan Sabah, Tan Sri Dato’ Muhammad menjelaskan kerajaan melalui
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa berusaha untuk
meningkatkan liputan prasarana utiliti yang lebih menyeluruh di Sarawak dan
Sabah. Ini jelas dibuktikan melalui penyaluran peruntukan yang tinggi bagi
setiap rancangan Malaysia. Sementara secara purata peningkatan peruntukan
melebihi 55% disediakan bagi pelaksanaan projek-projek ini di Sarawak dan Sabah
yang berjumlah RM2.58 bilion dan RM1.71 bilion masing-masing.

Beralih kepada ekonomi desa, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah memaklumkan bahawa kementerian memberi penekanan terhadap pembangunan
produk luar bandar dalam bidang pertanian dan penternakan.

Beliau menyatakan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK9), kementerian telah memberi penekanan terhadap pelaksanaan projek-projek
yang berdaya maju dan berdaya saing setanding dengan produk-produk luar bandar
negara maju dalam bidang berkenaan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan
penduduk luar bandar.

Jelas beliau
lagi, melalui Program Kemajuan Ekonomi Luar Bandar, aktiviti industri desa
dilaksanakan melalui program-program seperti latihan, kursus, peningkatan
kemahiran, teknikal, keusahawanan, promosi dan pemasaran produk usahawan luar
bandar ke pasaran domestik dan luar bandar, membantu usahawan memulakan dan
meningkatkan perniagaan melalui aspek pembinaan premis perniagaan di kawasan
luar bandar dan disewakan pada kadar yang minimum, pelaksanaan program,
pertanian komersial dan pelancongan desa serta satu daerah satu industri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article