- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jurang Digital Antara Bandar dan Luar Bandar

Must read


Lima Strategi KKLW Bagi Menanganinya

 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Tan Sri Dato’
Muhammad bin Muhammad Taib pada 4 November 2008 yang lalu di parlimen  memaklumkan bahawa  KKLW telah merancang beberapa strategi untuk
merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dengan luar bandar.

 

Antaranya
ialah :

  1. menyediakan
    infrastruktur ICT yang mencukupi di luar bandar
  2. mengintegrasikan
    semua program ICT yang dijalankan oleh kementerian dan
    jabatan/agensi
  3. menggalakkan
    penglibatan masyarakat luar bandar menggunakan ICT
  4. mempergiatkan
    program latihan ICT
  5. meningkat
    dan memperkaya program pembangunan kandungan.

 

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Program Info Desa diperuntukkan
sebanyak RM70 juta di mana RM50 juta adalah untuk pembinaan dan RM20 juta untuk
latihan ICT. Melalui Program Latihan ICT, kementerian telah dapat melatih
seramai 59,254 orang sehingga tahun 2007. Bagi tahun 2008 kementerian akan
melaksanakan sebanyak 1016 siri latihan kursus ICT dan dijangka akan memberi
faedah kepada 15,420 orang,” jelas beliau lagi

 

Program Info Desa terdiri daripada dua komponen iaitu Medan Info
Desa dan Latihan ICT Desa. Medan Info Desa juga akan menjadi pusat khidmat
setempat kepada penduduk luar bandar dalam melaksanakan latihan ICT, aktiviti
keusahawanan dan aktiviti kemasyarakatan

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article