- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pusat Latihan JAKIM di Lawas

Must read


JAKIM Beusaha Untuk Melaksanakannya Dalam
RMK9

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri,  Dato’ Dr. Mashitah binti
Ibrahim memaklumkan di Dewan Rakyat pada 17 November 2008 yang lalu bahawa
cadangan pembinaan
Pusat Latihan
JAKIM di Lawas telah dibuat
pada penghujung Rancangan Malaysia Kelapan tahun 2008.

 

“Semasa kajian
separuh penggal Rancangan Malaysia Kelapan pada Jun 2008, pelaksanaan pembinaan
Pembangunan Pusat Latihan tersebut termasuk dalam rancangan yang ditangguhkan.”

 

“Penangguhan ini
dibuat memandangkan siling peruntukan sebanyak lapan juta yang disediakan bagi
perlaksanaan projek ini tidak mencukupi bagi menampung kos pelaksanaan projek
ekoran kenaikan harga bahan-bahan binaan dan kos bagi kerja-kerja pengalihan
anak Sungai Gelugus di tapak pembinaan seperti mana yang disyaratkan oleh Jabatan
Tanah dan Survey negeri Sarawak.”

 

Beliau berkata
demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Lawas, Datuk
Henry Sum Agong yang ingin tahu bilakah Pusat Latihan
JAKIM yang sudah diluluskan di Lawas akan dilaksanakan

 

Dato’ Dr. Mashitah  seterusnya menjelaskan bahawa setelah semakan,
didapati anggaran kos keseluruhan bagi pelaksanaan Projek Pusat Latihan Lawas,
Sarawak ini meningkat kepada 19 juta.

 

“Walau bagaimanapun
JAKIM telah membuat rayuan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar
projek ini tidak ditangguhkan dan akan dapat diteruskan dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan.”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article