- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pegawai Pemantau Harga

Must read


Dua Ribu Graduan – Secara Kontrak Bermula
1 Mac 2008 hingga 31 Mac 2009

 

Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melantik seramai 2,000
orang graduan sebagai pegawai pemantau harga secara kontrak selama setahun pada
1 Mac 2008 dan berakhir pada 31 Mac 2009.


Tujuan kerajaan melantik
pegawai pemantau harga adalah untuk membuat pemantauan ke atas harga runcit barang-barang
keperluan pengguna pada setiap hari.


Pemantauan dibuat di
96 pusat pungutan pemantauan yang meliputi pasar basah, pasar kering, supermarket
dan kedai runcit yang berada di bandar-bandar utama dan daerah-daerah termasuk
kawasan-kawasan pedalaman. Yang dipantau adalah sebanyak lapan jenis barang keperluan
utama serta 350 jenis barang lain yang terdiri daripada 127 barangan basah, 223
barangan runcit kering dan 20 barangan siap masak.


Pegawai pemantau
harga membuat beberapa laporan iaitu:

  1. laporan harian
    bagi lapan barang kawalan;
  2. laporan minggu
    bagi 75 barangan daripada 350 barang itu;
  3. pemantauan
    berkala mengikut masa kawalan yang ditetapkan semasa Skim Kawalan Harga Musim
    Perayaan dilaksanakan juga; dan
  4. laporan harian
    bagi hypermarket yang mengambil bahagian dalam Kempen Penurunan Harga
    Barang atau Price Watch yang dipaparkan setiap hari di laman web
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Laporan analisa dan trend harga barang-barang keperluan digunakan oleh
kementerian untuk mengkaji kedudukan dan menyediakan pelan penyaluran atau
pengedaran barangan perlu.


Laporan juga dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara pada setiap
minggu sebagai sumber rujukan bagi merangka strategi dan tindakan mengurangkan
tekanan inflasi.


Pegawai pemantau harga sebenarnya tidak mempunyai kuasa di bawah akta
yang dikuatkuasakan oleh kementerian untuk membuat penangkapan kerana tugas
mereka adalah untuk menyalurkan maklumat kepada agensi penguat kuasa bagi
tindakan seterusnya.


Perkara ini
dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad di Dewan Rakyat
pada 19 November 2008 ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Ledang,
Ir. Haji Hamim bin Samuri yang ingin tahu
kemajuan operasi Majlis
Harga Barang Negara termasuk pelantikan 2,000 graduan sebagai pemantau dan
berapa banyak kes penangkapan yang telah dibuat pada tahun ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article