- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Memartabatkan Profesion Perguruan

Must read


Salah Satu
Perancangan Strategik PIPP

 

Parlimen Malaysia
dimaklumkan bahawa urusan kenaikan pangkat bagi guru-guru di Kementerian
Pelajaran adalah dilaksanakan berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Kenaikan
pangkat seperti mana yang telah disepakati bersama dengan kenaikan pangkat
perkhidmatan awam.

 

Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran II, Dato' Razali
bin Ismail pada 18 November 2008 yang lalu sebagai respon kepada soalan yang
dikemukakan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam, Encik Abdul Rahman Bakri yang igin
tahu adakah Kementerian Pelajaran Malaysia
bercadang untuk menaikkan
gred ataupun pangkat secara automatik kepada guru-guru yang telah mendapat
anugerah khidmat cemerlang sebanyak dua kali.

 

“Pada masa ini tidak
ada dasar untuk memberi kenaikan pangkat secara automatik kepada guru-guru yang
telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak dua kali secara
berturut-turut,” nyata Dato' Razali.

 

“Walau bagaimanapun,
pencapaian cemerlang guru ini berdasarkan kepada prestasi anugerah perkhidmatan
cemerlang tersebut merupakan salah satu kelebihan dalam urusan yang melibatkan
kenaikan pangkat seseorang guru itu. Kita mempunyai tiga kaedah naik pangkat, yang
pertama ialah kaedah secara time based, promotion yang tidak dimiliki
oleh mana-mana perkhidmatan awam yang lain. Yang keduanya adalah melalui kaedah
fast track guru cemerlang iaitu melalui KUP khas untuk penyandang dan
yang ketiga ialah kenaikan pangkat secara hakiki,” tambah beliau lagi

 

Dato' Razali turut memamklumkan bahawa usaha memartabatkan
profesion perguruan di antara salah satu perancangan strategik PIPP atau Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.

 

“Memang ini adalah
satu perkara yang kita berikan perhatian, malah pindaan rang undang-undang 2008
yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 25 Ogos yang lalu memberi laluan
kepada kenaikan pangkat pensyarah-pensyarah di Institusi Pendidikan Guru (IPG) daripada
DG41 kepada DG44, kemudian DG48 dan DG52/DG54. Ini adalah merupakan satu
keberuntungan kepada guru-guru di seluruh Malaysia,” jelas beliau.

 

“Selain daripada itu
juga, keberuntungan dimiliki oleh pensyarah-pensyarah kolej matrikulasi dan
juga di Institut Aminuddin Baki. Di samping itu juga  sebanyak 32,234 jawatan kenaikan pangkat untuk
kumpulan Pegawai Perkhidmatan Siswazah dan Bukan Siswazah telah diwujudkan di
seluruh negara berdasarkan kepada anggaran belanja mengurus bagi 2009."

 

Menjawab pertanyaan
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Encik Pua Kiam Wee tentang  langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian pelajaran
untuk menarik penuntut graduan-graduan yang bermutu untuk memasuki dalam bidang
perguruan dan bukannya hanya menarik ramai graduan-graduan yang tidak dapat
mencari kerja di luar dan hanya dapat masuk dalam bidang perguruan, Dato' Razali menyatakan
Kementerian pelajaran ada satu kaedah saringan ataupun screening yang
begitu sistematik untuk kita memilih calon-calon guru sebelum masuk ke IPG,
Institut Pendidikan Guru.

 

“Kita ada M-test,
kita ada temu duga secara berkelompok, temu duga secara berseorangan dan juga
bersandarkan kepada keaktifan dalam ko-kurikulum dan juga pencapaian akademik
mereka.”

 

Beliau seterusnya
menambah bahawa pengambilan untuk guru-guru yang akan masuk IPG lulusan SPM
baru-baru ini seramai lebih kurang 108,000 orang yang memohon dan Kementerian
Pelajaran cuma menerima kira-kira 5,000 sahaja melalui proses saringan yang
begitu ketat selain daripada tempoh latihan memakan masa lima tahun setengah.

 

Ini adalah merupakan
satu kaedah pemprosesan yang begitu sistematik yang dilakukan oleh IPG dan
mereka yang keluar daripada IPG akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

 

Selain daripada itu
juga Kementerian Pelajaran, menurut beliau lagi telah mengadakan
program-program yang disebut sebagai latihan-latihan dalam perkhidmatan CPD (Continuous
Professional Development)
kepada guru-guru dalam perkhidmatan mereka.

 

Untuk itu, Dato
razali memaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran menyediakan peruntukan yang
agak besar bukan sekadar menghantar mengikuti kursus dalam negara malah ke luar
Negara yang mana baru-baru ini Kementerian Pelajaran ada kerjasama join
effort
kerjasama dengan High Commissioner Australia di mana Kementerian
Pelajaran menghantar guru-guru sekolah cluster ke Australia dalam projek
apa yang disebut sebagai Sister School Project, yang mendedahkan
guru-guru kita kepada scenario pendidikan di Australia kemudian guru-guru
daripada Australia akan datang berkunjung dan memerhatikan aktiviti pendidikan
di tempat kita.

 

“Ini adalah
usaha-usaha untuk kita memartabatkan kerjaya dan profesion perguruan.”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article