- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kerajaan

Must read

Perkhidmatan awam negara ini telah
memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai program pembaharuan dan pemodenan yang
bertujuan meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pelanggan
dilaksanakan untuk mewujudkan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sejajar
dengan kemajuan ekonomi negara serta peningkatan tahap pendidikan dan
pengetahuan rakyat yang mahukan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh
setiap agensi kerajaan adalah pada tahap yang terbaik, cekap, berkesan dan
mesra pelanggan/pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi juga pernah menyarankan agar perkhidmatan awam dapat meningkatkan
keberkesanan sistem penyampaian dan seterusnya berada dalam kedudukan antara
sepuluh yang terbaik di dunia.

Selain memudahkan rakyat berurusan, ia juga bagi
menepis persepsi bahawa pengurusan perkhidmatan awam adalah lembap dan terlalu
banyak karenah birokrasi.

Untuk itu kerajaan melalui Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai sebuah agensi
pusat telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap kecekapan,
ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan  melaksanakan pelbagai inisiatif pemodenan
dalam meningkatkan kualiti yang sebenarnya telah  dilakukan melalui proses penambahbaikan sejak
tahun 80-an lagi.

Dalam memantapkan sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan, tumpuan diberikan kepada beberapa inisiatif utama
antaranya meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pelanggan dalam agensi-agensi
barisan hadapan.

Usaha ini dilakukan dengan mempelbagaikan
saluran perkhidmatan dan memperkenalkan perkhidmatan meja bantuan pelanggan.

Perhatian turut diberikan kepada usaha
meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui piagam pelanggan,
sistem dan prosedur kerja di agensi kerajaan serta meluaskan pelaksanaan
perkhidmatan dalam talian melalui Portal Perkhidmatan Awam, sebagai gerbang
utama kerajaan.

Bagi memantapkan lagi sistem penyampaian
perkhidmatan, aplikasi ICT diperkenalkan untuk meningkatkan lagi penyelarasan
semua jabatan dan agensi kerajaan.

Pelaksanaan "kerajaan elektronik" ini
adalah antara kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan terutama melalui perkhidmatan secara talian.
Rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan kerajaan melalui aplikasi dalam talian,
kiosk, internet dan seumpama.

Tujuan utama aplikasi ICT dalam kerajaan elektronik ialah untuk membuka lebih
banyak peluang kepada orang ramai untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan
oleh kerajaan.
Sejak pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang pada 1989, Perkhidmatan Awam
melalui pelbagai penambahbaikan menerusi program-program pembaharuan dan
pemodenan tadbiran terutama sekali di barisan hadapan.

Antara usaha yang giat dijalankan ialah:

  1. Penubuhan pejabat perkhidmatan pelanggan di
    agensi-agensi kerajaan bagi memudahkan orang ramai berurusan
  2. Usaha meningkatkan kualiti layanan urusan
    melalui telefon, bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan telefon
  3. Usaha mengenai peningkatan kualiti perkhidmatan
    kaunter sebagai satu elemen penting kerana ia merupakan imej sesebuah jabatan
    atau agensi kerajaan
  4. Usaha menyediakan kaunter perkhidmatan setempat
    untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan dan memastikan bilangan
    kaunter dan petugas yang mencukupi dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap
  5. Usaha mengemas kini dan menambah baik prosedur,
    peraturan dan undang-undang yang telah lapuk dan tidak sesuai dengan
    perkembangan semasa.
  6. Usaha penambahbaikan sistem penyampaian yang dicetuskan
    oleh kerajaan melalui MAMPU untuk memantapkan pelaksanaan sistem perkhidmatan awam
     tidak akan berkesan tanpa usaha
    bersepadu oleh pelbagai agensi di semua peringkat. 

Oleh itu setiap individu yang berkhidmat dalam
perhidmatan awam perlu menanam dan melaksanakan sikap positif dan nilai-nilai
murni dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article