- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Selenggara Bangunan Guna Sama Persekutuan

Must read


Tiga Buah Syarikat Diberi Tanggungjawab

Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato' Yong Khoon
Seng menyatakan bahawa terdapat kira-kira 60 buah bangunan/
kompleks guna sama Persekutuan di seluruh negara  yang melibatkan kos penyelenggaraan
keseluruhan kompleks bangunan guna sama Persekutuan tersebut sebanyak kira-kira
sebanyak RM5.9 juta sebulan.

Beliau memaklumkan demikian di dewan Rakyat pada 2 Disember 2008 yang lalu
ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen
Pokok Sena, YB Haji Mahfuz bin Omar. Perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan kompleks bangunan guna sama
Persekutuan telah diswastakan kepada 3 syarikat konsesi utama mengikut zon
iaitu:

  1. Syarikat Ambang Wira Sdn. Bhd. (Zon Selatan dan Sarawak) – 24 kompleks
    bangunan dengan 31 buah / blok bangunan;
  2. Syarikat Gemilang Maintenance Sdn. Bhd. (Zon Utara dan Sabah) – 21 buah
    kompleks bangunan merangkumi 30 buah / blok bangunan; dan
  3. Syarikat Building Lindungan Sdn. Bhd. (Zon Timur) – 11 buah kompleks
    bangunan merangkumi 14 buah / blok bangunan.

Dato' Yong turut memaklumkan bahawa penyelenggaraan bagi empat kompleks guna sama Persekutuan
di zon tengah belum diswastakan dan masih dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya.

Menurut beliau lagi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tersebut adalah secara komprehensif
termasuk bayaran bil elektrik dan air serta pengurusan kakitangan.

Tempoh kontrak bagi penswastaan tersebut adalah selama 10 tahun dengan
opsyen lima tahun lagi sekiranya kerajaan berpuas hati dengan prestasi syarikat
tersebut.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article