- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pindaan Kadar Bayaran Balik Letak Kereta

Must read


Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia., Tan Sri Ismail Adam dalam pekeliling
bertarikh 28 Januari 2009 (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2009)
memaklumkan berkuatkuasa 1 Februari 2009, Kerajaan telah membuat keputusan
untuk meminda kadar Bayaran Balik Letak Kereta.

 

Bayaran
Balik Letak Kereta diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang disahkan oleh
Ketua Jabatan perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan
menyewa ruang letak kereta di pejabat masing-masing.

 

Menurut
pekeliling itu lagi, kadar baru Bayaran Balik Letak Kereta adalah berdasarkan
kadar sebenar atau maksimum RM90.00 sebulan mengikut mana yang lebih rendah.

 

Tan
Sri Ismail memaklumkan bahawa dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling
Perkhidmatan ini, kadar Bayaran Balik Letak Kereta seperti di Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4
Tahun 1992 adalah dipinda.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article