- Advertisement -spot_img
4,805
published news
and counting

Program Time 3

Must read

Akan Tingkatkan Kadar Liputan Telekomunikasi Negara kepada 97%

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
memaklumkan bahawa menjelang tahun 2010
kadar
liputan telekomunikasi negara dijangka akan meningkat kepada 97%

 

Beliau berkata demikian (18
Disember 2008) ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negara,
Datuk Wira Syed
Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee
yang
inginkan penjelasan tentang jumlah menara pemancar telekomunikasi yang telah
dipasang di kawasan luar bandar dalam usaha meningkatkan perkhidmatan telefon
selular.

 

Dato’ Shaziman turut memaklumkan bahawa
usaha kerajaan untuk meluaskan liputan selular di seluruh negara telah bermula
tahun 2004 dengan pengenalan kepada Program
Time 1 and Time 2.

 

“Walaupun Program Time 1 hanya terhad kepada kawasan-kawasan utama di Lembah
Klang, Putrajaya dan Cyberjaya, program
Time 2 telah berjaya memperluaskan liputan di seluruh negara
terutamanya di empat kawasan utama iaitu pekan-pekan Jalan raya Persekutuan,
kawasan perindustrian dan kawasan tumpuan pelancongan.”

 

Di bawah Program Time 2 (sepanjang tahun 2005 sehingga penghujung tahun 2006), sebanyak 1,268 menara telah dibina.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia mendefinisikan kawasan luar bandar sebagai kawasan yang
mempunyai kepadatan penduduknya kurang daripada 90 orang per kilometer persegi.

 

“Bagi kawasan-kawasan luar
bandar ini, Program
Time 2 (Expansion) telah diperkenalkan pada tahun 2007 dengan penambahan 330
menara lagi yang telah beroperasi. Di samping itu juga syarikat-syarikat
pemberi perkhidmatan disyaratkan secara komersial dan berterusan membina menara
di kawasan-kawasan luar bandar jika terdapat permintaan dan keperluan daripada
masyarakat dan pihak kerajaan negeri.”

 

“Hasil daripada program-program
ini, kadar liputan populasi negara
(national population coverage) berjaya ditingkatkan kepada 92% berbanding pada 82% pada
tahun 2004. Sebagai
usaha
lanjutan, SKMM akan terus memperluaskan liputan selularnya terutamanya di
kawasan
pedalaman
dan kawasan-kawasan luar bandar yang ekstrem di bawah program
Time 3.
Program ini yang telah diumumkan pada Jun 2008 yang lalu akan
memberi tumpuan kepada kawasan
dengan kepadatan penduduk kurang daripada 80 orang per
kilometer persegi yang merangkumi
sebahagian penempatan FELDA, FELCRA dan Orang Asli.”

 

Di bawah program ini,
sebanyak 1,250 menara akan dibina dalam tempoh dua tahun sehingga tahun 2010.
Sebanyak 100 menara akan disiapkan penghujung 2008 di mana kini sejumlah 80
menara telah disiapkan dan baki 20 menara lagi akan disiapkan juga sebelum
penghujung tahun ini. Dengan kata lain, Tuan

 

Semenjak 2007, sejumlah 410
menara telekomunikasi telah dibina di kawasan luar bandar yang berkepadatan
penduduk kurang daripada 90 orang per kilometer persegi, manakala sebanyak
1,150 menara lagi di bawah program
Time 3 ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
sehinggalah tahun 2010.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article