- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

RM163 Juta Untuk Taman Kekal Pengeluaran Makanan

Must read

Kerajaan Sedia Peruntukan dalam RMK8 & RMK9

Kerajaan telah membelanjakan RM25.7 juta dalam RMK-8 untuk Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) sementara bagi tempoh RMK-9, kerajaan memperuntukkan
RM137 juta untuk program ini iaitu RM76.25 juta di bawah RMK-9 dan selebihnya
iaitu RM61 juta adalah di bawah dasar jaminan bekalan makanan.

TKPM merupakan salah satu strategi di bawah dasar pertanian negara yang
ketiga bertujuan menggalakkan pelaksanaan projek pertanian berskala besar,
komersial dan teknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.
Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri dan pengusaha.

Bagi memudahkan pelaksanaan program ini, perjanjian persefahaman TKPM telah
ditandatangani oleh Menteri Pertanian dengan beberapa Menteri Besar dan Ketua
Menteri di beberapa negeri bermula tahun 2000 yang lalu.

Objektif utama projek ini ialah untuk melahirkan usahawan dalam bidang
pengeluaran tanaman makanan dan mewujudkan zon kekal bagi pengeluaran tanaman
makanan. Dalam RMK-9, sebanyak 60 TKPM dirancang untuk dibangunkan setakat ini
dan 47 telah berjaya dibangunkan antaranya 14 buah di Pahang, 10 buah di
Selangor, 6 buah di Johor and 5 buah di Perak.

Perkara ini dimaklukkan oleh Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed, di Dewan Rakyat pada
18 Februari 2009 yang lalu ketika memberikan jawapan kepada pertanyaan yang
dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md. Sirat Abu
yang
ingin mengetahui sejauh manakah pencapaian projek TKPM di seluruh negara
mengikut negeri dan berapa banyakkah peruntukan yang telah dibelanjakan.

Dato' Mustapa seterusnya menjelasakan bahawa jumlah pengeluaran TKPM setakat ini ialah
kira-kira 35,000 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak kira-kira RM40
juta.

Seramai 764 usahawan tani di mana 110 adalah daripada syarikat dan 654
usahawan terlibat dalam melaksanakan TKPM dan sebahagian besar mereka telah
berjaya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pada 13 Januari lalu, Perdana Menteri telah
melancarkan TKPM peringkat nasional di Lanchang, Pahang dan telah
menganugerahkan tujuh orang usahawan yang paling berjaya antara mereka ialah;


Bil
Nama
Kawasan
Jumlah Keuntungan
1.
Ramli Idrus Pulau
Manis, Pahang
RM900,000.00
2.
Mohd Nasir Husin Ulu
Tiram, Johor
RM600,000.00
3.
Thian Kong Seng Ulu
Yam, Selangor
RM540,000.00
4.
Kaliganan a/l Mutusamy Manjung,
Perak
RM250,000.00


Berkenaan objektif TKPM untuk membantu mengurangkan import makanan dan juga potensinya untuk menambah eksport negara, Dato’ Mustapa menjelaskan bahawa pada tahun
2008, Malaysia mengimport makanan khasnya
buah-buahan berjumlah
kira-kira RM1 bilion berbanding RM807 juta pada tahun 2007.

Kebanyakan import ini merupakan import temperate fruits seperti orange,
apple, mandarin orange, pear
, anggur dan lain-lain. Sebaliknya eksport pula
tahun lepas kira-kira RM490 juta kebanyakannya ialah tembikai, betik, nanas dan
juga belimbing ataupun carambola.

Untuk itu perancangan kerajaan untuk tempoh 20 tahun akan datang terutama
di kawasan Lanchang (400 hektar akan diusahakan oleh TKPM usahawan dan 3,200
lagi oleh sektor swasta) akan mampu mengeluarkan kira-kira 1.6 bilion
buah-buahan. Ini akan menjadi pusat pengeluaran buahbuahan negara dan secara puratanya
kira-kira RM70 juta buah-buahan akan dapat dikeluarkan daripada TKPM Lanchang
sahaja.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article