- Advertisement -spot_img
4,805
published news
and counting

Ramai Tidak Menyedari Khasiat Koko

Must read

Cocoa, or scientifically known as Theobroma Cacao which translates as, “food of the gods” in Greek, has been enjoyed throughout history ever since its discovery by the Mayan and Aztec people before its rapid dissemination throughout the western world because of its unique and favourable taste.
Here in Malaysia, cocoa is considered to be the 3rd largest commodity other than palm oil and rice. In Sarawak, cocoa initially began in small clusters by independent farmers who at time did not have the right amount of knowledge and technology to help them increase their yield. Furthermore, cocoa trees unlike others, are very sensitive to environmental factors  and fluctuations as well as prone to diseases; therefore, making its cultivation an arduous task.

However, it is only recently that Sarawak has began opening its horizon to the mass cultivation of cocoa trees as well as conducting research and development to enhance the quality of local cocoa produce, and providing the necessary training, logistics and technology all for the betterment of the cocoa industry in Malaysia.

Export revenue on cocoa beased products towards importers

Koko iaitu Theobroma cacao adalah tergolong dalam keluarga Sterculiaceae, yang mana ia lebih sesuai hidup di bawah naungan dan kawasan lembah iaitu di kawasan-kawasan hutan hujan Tropika dan lembah Amazon. Koko biasanya digunakan untuk membuat minuman dan pemprosesan makanan yang lain.

Pembiakan koko, adalah melalui biji benih dan akan bercambah dengan mengeluarkan kotiledon di atas permukaan tanah. Sistem akar iaitu akar tunjang yang akan berfungsi untuk menegakkan pokok boleh menjalar sehingga 2 meter ke dalam tanah.

Manakala akar-akar sisi yang tumbuh daripada akar tunjang akan menjalar sehingga 5-6 meter dari pangkal pokok terutamanya di lapisan 30 cm dari atas tanah. Untuk proses pengambilan air dan zat-zat makanan pula akan dilakukan oleh akar-akar penyerap yang tumbuh dengan banyaknya daripada akar sisi, dan ia terdapat di lapisan 20 cm dari tanah atas.

Namun begitu ramai yang tidak sedar akan keistimewaan koko yang terdapat di Malaysia. Koko di Malaysia tidak mempengaruhi kenaikan tahap kandungan kolestrol dalam darah. Selain itu juga, koko mempunyai keistimewaan di dalam melambatkan proses penuaan.

Ini adalah kerana pemakanan yang kaya dengan antioksida dapat melambatkan sistem penuaan. Selain itu juga, koko dapat meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.Kajian juga menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina.

Kajian di Jepun juga menunjukkan bahawa polifenol dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya.

Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak-dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi ‘milk soilids’ antaranya ‘butter fat’, protein susu, kalsium dan lain-lain ‘minerals’ dan vitamin-vitamin.Kesan antioksida poliphenol dalarn, koko Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids.

Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavanoids atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis Berta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang,kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan.

Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida.

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Keistimewaan koko juga dapat menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan makanan. Sebagai contoh koko dijadikan coklat serta dijadikan sebagai produk pemakanan yang berkhasiat.Coklat juga merupakan produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat yang merupakan makanan seimbang.coklat juga mempunyai komponen biologi seperti metilxantin,biogenik amina dan asid lemak yang seakan kannabionik.

Komponen-komponen ini mempunyai kesan terhadap sifat dan psikologi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh ibu sebelum melahirkan dan hormon plasenta mungkin mempengaruhi secara signifikan proses-proses sistem saraf tunjang dan autonomik.Pengaruh ini juga mungkin berlanjutan selepas kelahiran dan digambarkan oleh sikap bayi.

Ramai yang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko enak, melazatkan dan memberi nikmat. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan dan minuman yang berasaskan koko.

Kenyataannya, koko merupakan sejenis tanaman pertanian semula jadi. Produk-produk koko pula dihasilkan setelah biji-biji koko melalui proses-proses tertentu tanpa dicampurkan sebarang bahan tambahan. Barangan akhir koko terdiri daripada bahan makanan dan bahan bukan makanan. Walau bagaimanapun, produk-produk koko lebih dikenali dalam bentuk bahan makanan terutamanya coklat dan minuman koko.

Kebanyakan produk-produk ini seperti minuman koko, coklat dan konfeksioneri dihasilkan melalui campuran produk-produk separa, proses koko dengan bahan-bahan lain seperti susu dan gula. Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi  tiga bahan utama yang berasaskan koko seperti likur dan lemak koko, gula dan juga susu. Oleh itu, coklat bukan sahaja merupakan bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat makanan yang diperlukan.

Coklat kaya dengan sumber tenaga yang diperolehi daripada barangan berasaskan koko, susu dan gula. Sumber tenaga yang tinggi dalam coklat adalah berasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein. Terdapat tiga jenis coklat yang biasa didapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat kosong atau coklat pahit dan coklat putih. Coklat susu: jika dibandingkan dengan jenis-jenis coklat lain, mempunyai nilai pemakanan yang lebih balk.

Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18 peratus daripada tenaga, 11 peratus daripada protein, 8 peratus daripada zat besi, 47 peratus daripada kalsium, 19 peratus daripada Riboflavin dan 11 peratus daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalarn sehari.

Secara, keseluruhanya, koko merupakan suatu tanaman yang perlu dibanggakan di Malaysia. Ini adalah kerana koko merupakan tanaman yang terbaik dan berkhasiat. Bersesuaian la dengan motto koko iaitu ‘khasiatnya sejati,lazatnya menyegarkan’.

Sumber : Lembaga Koko Malaysia -(Kuching) Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article