- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Aspek Sosial Turut Diberi Perhatian

Must read

Aspek sosial turut diberi keutamaan dalam pembangunan negeri Sarawak. Malah ia dianggap menjadi pelengkap serta menyeimbangkan aspek lain seperti pentadbiran dan sebagainya.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Residen (Sosial) yang telah diwujudkan bagi memastikan pendekatan menyeluruh terutamanya dari aspek sosio ekonomi turut diutamakan.

Mengulas lebih lanjut mengenai jawatan tersebut, menurut Tuan Haji Sarudu Haji Hoklai, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri ketika ditanya RAKAN Sarawak  berkata negeri Sarawak adalah satu-satunya negeri yang mempunyai struktur  jawatan sedemikian.

Jelas beliau lagi, jawatan Timbalan Residen Sosial, diwujudkan adalah bagi memastikan pendekatan menyeluruh terutamanya dari aspek sosio ekonomi turut diberi keutamaan.

Ia amat penting disebabkan tuntutan masa kini, yang juga harus mengambil kira maklum balas masyarakat sebelum memulakan sesuatu pembangunan. Maklumat berkaitan isu-isu sosial juga diharus diperolehi dan diambil kira.

Timbalan Residen (Sosial) yang baru dilantik dijangka mula bertugas pada Mei 2009. Mereka juga akan dibantu oleh beberapa orang staf  dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) di bahagian berkenaan.

Antara tugas dan peranan utama Timbalan Residen (Sosial) adalah memantau dan melaksanakan pendekatan bersesuaian bagi menangani isu-isu sosial di bahagian. Ia turut merancang serta mengkoordinasikan aktiviti yang dianjurkan bahagian berkenaan disamping  menyediakan penilaian impaks sosial di bahagian terbabit.

Antara peranan penting lainnya adalah berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi yang berkaitan dalam pelaksanaan polisi berkaitan sosial.Ia turut menjadi sekretariat untuk mengumpul data berkaitan isu-isu berkaitan sosial di bahagian terbabit.

Sebelum ini hanya terdapat jawatan Timbalan Residen (Pembangunan) di setiap bahagian yang di Sarawak.


Senarai lengkap Timbalan Residen (Sosial)

Encik Emang Oyo Emang
Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Miri
Puan Felicia Tan Ya Hua Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sri Aman
Dr Anthony Valentine Laiseh Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Betong
Encik Philip Peter Salam Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Mukah
Encik Stephen Kalong ak Nanggar Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Limbang
Encik Ismawie B Salleh Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Bintulu
Encik Mohd Ikhmal B. Abdullah Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Kapit
Encik Mohd Sa'aid B. Haji Atoi  
Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sibu
Encik Alex Liau  
Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sarikei
Encik John ak.Awam Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Samarahan
Encik Abdul Rahman B. Mohamad Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Kuching

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article