- Advertisement -spot_img
4,805
published news
and counting

Kerajaan Beri Perhatian Isu Dokumen Pengenalan

Must read

 

Diri  Di Sarawak

Kerajaan sentiasa memandang serius isu berkaitan dokumen pengenalan diri seperti surat beranak dan kad pengenalan di Sabah dan Sarawak yang berlarutan sejak sekian lama.

Perkara ini dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada sidang Dewan Rakyat 30 Jun 2009 yang lepas.

Malah menurut beliau kerajaan juga telah membuat dasar khusus bagi Sarawak dengan melonggarkan syarat-syarat pendaftaran.

Antaranya mengecualikan denda yang berkaitan dengan pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan.

"Jabatan Pendaftaran Negara juga mengecualikan keperluan mengemukakan dokumen pendaftaran seperti kad pengenalan ibu bapa, pengesahan doktor atau bidan, kad rawatan pemeriksaan ibu semasa mengandung dan sijil perkahwinan," jelasnya.

Namun, bagi memastikan kelancaran proses tersebut,  JPN akan meneliti setiap aspek permohonan kepada individu yang layak seperti :-

  • Menentukan sesuatu kelahiran itu benar-benar berlaku di Malaysia berdasarkan bukti-bukti yang disertakan;
  • Menentukan siapakah ibu bapa sebenar kanak-kanak terlibat;
  • Menentukan tarikh, tempat dan masa kelahiran kanak-kanak berdasarkan pembuktian dokumen dan saksi yang boleh mengesahkan kelahiran tersebut telah berlaku;
  • Mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan yang sah di antara ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam pertanyaan berkaitan, Timbalan Menteri Dalam Negeri turut  berkata pelbagai usaha telah diambil melalui JPN bagi menyelesaikan masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Jelas beliau, beberapa inisiatif seperti  penubuhan jawatankuasa Task Force telah diwujudkan bagi melaksanakan program MyDaftar di seluruh Semenanjung meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, Program Operasi Bergerak menjalankan operasi MyDaftar  yang menumpukan kawasan pedalaman.

Katanya  lagi, pendekatan 'turun padang' dilihat begitu amat berkesan bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat mengenai proses pendaftaran dokumen pengenalan diri.

Berdasarkan rekod dari 26 November hingga 30 Jun 2009, daripada 2950 kes diterima sejumlah 1,570 berjaya diselesaikan manakala 1,380 masih dalam proses tindakan.

Mengikut pecahan, jumlah permohonan bagi Semenanjung Malaysia ialah 412 kes dengan 252 kes telah diselesaikan dan 160 lagi dalam proses.

Manakala  di Sarawak pula sebanyak 857 permohonan, 195 selesai dan 662 kes dalam proses dan Sabah pula sebanyak 1,681 permohonan diterima dengan 1,123 selesai dan 558 kes masih dalam proses.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article