- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Komuniti Bestari – Sumber Penyampai Maklumat Tepat

Must read

Komuniti Bestari merupakan platform untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Timbalan Menteri Penerangan, Kornunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Joseph Salang anak Gandum menjelaskan bahawa rakyat perlu dibekalkan dengan maklumat yang tepat khususnya dengan isu-isu semasa di samping memahami dasar-dasar kerajaan untuk kebaikan bersama dalam usaha memajukan rakyat katanya semasa berucap merasmikan program Info Bestari Lubok Lemba, Ulu Sarikei,Sarikei baru-baru ini.

" Perancangan dan usaha yang berpanjangan akan diteruskan bagi memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat di luar bandar bagi menggunakan kernudahan ICT seperti yang disediakan di Anjung Bestari di seluruh negeri ini, ' ujarnya lagi.    

Beliau berkata, dengan adanya Komuniti Bestari di seluruh negeri akan    merancakkan lagi pembangunan minda rakyat.

Selain itu, usaha ini akan tercapai dengan adanya jaringan kerjasama serta permuafakatan daripada semua pihak.

Beliau menambah, dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan rakyat.

Menurut beliau lagi, budaya saling hormat menghormati, amalan memahami budaya serta adat resam kaum lain juga menjadi tunjang kepada pembangunan yang pesat yang manis diterapkan dalam konsep Satu Malaysia.

Di majlis yang sama, beliau turut menyampaikan komputer kepada Komuniti Bestari Lubok Lemba.Turut berucap d! majlis yang sama, Pengarah Penerangan Negeri, Encik Resat bin Salleh.

Resat dalam ucapannya memberitahu jaringan Kornuniti Bestari di seluruh negeri membantu dapat untuk memberikan pasaran yang meluas di dalam usaha untuk mempromosikan produk-produk kraftangan seperti pua kumbu clan sebagainya

Menurut Resat lagi, melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini akan dapat menghidupkan lagi seni dan budaya di sesuatu tempat.

Turut hadir di maills ini ialah Pengarah Penerangan Negeri Encik Resat Salleh dan Timbalan Residen Bahagian Sarikei Encik Alex Liaw dan juga ketua-ketua jabatan dan masyarakat seternpat

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article