- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tangani Rasuah Secara Menyeluruh

Must read


, Bersepadu dan Terancang
 
Usaha-usaha pembanterasan rasuah akan lebih berkesan sekiranya gejala tersebut ditangani secara menyeluruh, bersepadu dan terancang  serta merangkumi aspek-aspek penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pendidikan masyarakat.
 
Namun begitu, kerjasama dan sokongan daripada lapisan masyarakat dan pelbagai pihak turut menjadi faktor kejayaan setiap usaha dan strategi yang telah digariskan.

Perkara ini menarik perhatian Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika majlis penutupan Karnival Anti Rasuah 2009 yang turut menyentuh sudah tiba masanya setiap lapisan masyarakat berganding bahu sebagai benteng untuk bersama-sama menghapuskan gejala rasuah selaras dengan tema Karnival Anti Rasuah  “One Malaysia, Together We Eradicate Corruption”. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Perumahan, YB Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg.

Jelasnya lagi, pada peringkat jentera pentadbiran awam, peranan ketua jabatan dan pemimpin khususnya di Sarawak mesti digerakkan bagi memastikan tiadanya kepincangan berlaku dalam jabatan masing-masing.

Menurut beliau lagi, dengan mewujudkan pentadbiran awam yang berintegriti tinggi dan cekap, ianya sebenarnya telah berjaya membantu negara kita keluar dari kegawatan ekonomi sebelum ini dan kejayaan ini juga telah membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

Tambah beliau lagi, organisasi perkhidmatan awam di negeri ini perlu terus bekerja kuat untuk memastikan dan menyegerakan projek-projek pembangunan agar terlaksana sepenuhnya.

Katanya, sebarang kelewatan akibat sikap sambil lewa, melengah-lengahkan atau menangguhkan kerja akan memberi peluang kepada pegawai yang tidak jujur untuk mengambil kesempatan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.
 
Jelasnya lagi, faktor-faktor keutuhan haruslah dikekalkan dan dijadikan benteng untuk setiap individu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
 
Slogan "An Honour To Serve" ,salah satu inisiatif terkini kerajaan negeri bagi memberi imej baru kepada perkhidmatan awam negeri Sarawak membuktikan bahawa sifat jujur dan integriti amat penting disemai pada setiap penjawat awam.

Mengenai Karnival Anti Rasuah yang julung-julung kali diadakan di Sarawak, beliau menyifatkan program pencegahan ini perlulah diteruskan dan ingin program ini dapat dijadikan sebagai salah satu program tahunan penerapan integriti negeri Sarawak selaras dengan usaha menjadikan Negeri Sarawak sifar rasuah akan tercapai.

Apa yang penting, tegas beliau ia mampu menimbulkan kesedaran kepada masyarakat negeri Sarawak bahawa bahayanya kesan rasuah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article