- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Must read

Mengimbas peranan dan fungsinya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi masyarakat Malaysia ke arah melahirkan satu jentera pentadbiran kerajaan yang berintegriti. Penubuhan Suruhanjaya ini diilhamkan oleh mantan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi selaras dengan keazaman politik untuk menghapuskan rasuah di Malaysia. Pada 1 Januari 2009,Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) secara  rasmi telah dikuatkuasakan.

Selaras dengan peruntukan Seksyen 2 Akta SPRM 2009, objektif utama Suruhanjaya ini ialah untuk menggalakkan integriti dan akauntabiliti pentadbiran sektor awam dan swasta, dan mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan masyarakat tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam, swasta dan komuniti.

Fungsi Pegawai Pesuruhjaya

Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta SPRM 2009,pegawai-pegawai SPRM diberi tanggungjawab untuk :
  • Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan di bawah akta ini dan menyiasat aduan.
  • Mengesan dan menyiasat sebarang konspirasi cubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah akta ini.
  • Meneliti amalan sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah akta ini ada untuk menghasilkan kajian semula amalan,sistem atau tatacara yang mungkin membawa kepada rasuah.
  • Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan.
  • Menasihati ketua-ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem dan tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan awam itu untuk mengurangkan kemungkinan berlaku rasuah
  • Mendidik orang ramai menentang rasuah dan
  • Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.

Kebebasan

  • Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong
  • Ketua Pesuruhjaya memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
  • Ketua Pesuruhjaya mempunyai kuasa-kuasa Timbalan Pendakwa Raya
  • Laporan tahunan aktiviti dan pencapaian SPRM akan dibentangkan kepada Lembaga Penasihat dan Parlimen
  • Aktiviti dan operasi SPRM akan diteliti oleh orang ramai dan akan diperhati oleh 2 panel dan 2 Jawatankuasa Bebas
  • Salahlaku pegawai-pegawai SPRM akan dilaporkan kepada jawatankuasa Aduan

Kredibiliti dan ketelusan

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
  • Tujuh (7) ahli dilantik di kalangan mereka yang berintegriti dan dilantik oleh Yang di Pertuan Agong untuk menasihati Suruhanjaya mengenai dasar dan strategi, meneliti dan memperakukan cadangan daripada
    Suruhanjaya mengenai dasar dan strategi, meneliti dan memperakukan cadangan daripada Suruhanjaya ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Suruhanjaya

Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah

  • Tujuh (7) ahli dipilih di kalangan Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat dan pelantikan oleh Yang di Pertuan Agong.Mereka dipertanggungjawabkan menasihati Perdana Menteri dalam segala aspek berhubung masalah rasuah di Malaysia, dan untuk memeriksa,memberi ulasan dan mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai Laporan Tahunan Suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

Jawatankuasa Aduan

  • Lima (5) orang ahli dilantik oleh Perdana Menteri bagi memantau pengendalian oleh Suruhanjaya berhubung dengan aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya dan mengenalpasti apa-apa
    kelemahan dalam tatacara kerja Suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan membuat apa-apa syor bagi penambahbaikan.       

Panel Penilaian Operasi

  • Tujuh (7) ahli terdiri daripada individu dengan kemahiran tertentu, dilantik melalui perintah pentadbiran oleh Perdana Menteri. Mereka dipertanggungjawabkan mengkaji laporan Suruhanjaya berhubung dengan Kertas Siasatan dan keputusan yang dibuat oleh Timbalan
    Pendakwa Raya, dan untuk menasihati dan memperakukan langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti siasatan.

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah

  • Tujuh (7) ahli yang terdiri daripada individu dengan pengalaman tertentu, dilantik melalui perintah pentadbiran oleh Perdana Menteri. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menasihati Suruhanjaya dalam aktiviti pemeriksaan dan perundingan berhubung amalan, sistem atau tatacara kerja dalam melaksanakan program-program pendidikan masyarakat dan memantau keberkesananya.

Bidang Kuasa

Berbanding dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta SPRM 2009 memperuntukkan  kuasa-kuasa tambahan dalam siasatan dan pendakwaan kepada Suruhanjaya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.

Di bawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 (interpretasi Badan Awam, Pegawai Badan Awam,ejen dan saudara), seksyen 31 hingga 40 (kuasa-kuasa penyiasatan dan penurunan kuasa Timbalan Pendakwa Raya kepada
pegawai-pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan ke atas) telah diperluaskan, kes-kes sensitif dan yang berkepentingan awam secara bebas diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM. Ketua
Pesuruhjaya SPRM diberikan kuasa-kuasa Timbalan Pendakwa Raya.

Strategi

SPRM menggunakan strategi serampang tiga mata melalui undang-undang efektif,pencegahan dan pendidikan untuk memerangi jenayah rasuah dan kesalahan-kesalahan berkaitan:-

Strategi Penguatkuasaan Undang-Undang
Menangani jenayah rasuah dan kesan-kesannya

  • Penyiasatan berdasarkan perisikan
  • Kerjasama dalam perkara-perkara perundangan
  • Pengantara Antarabangsa
  • Teknologi terkini dan pengkhususan

Strategi Pencegahan
Membanteras rasuah dengan menyemai integriti dan akauntabiliti dalam sektor awam dan swasta dengan cara

  • Meneliti amalan,sistem dan tatacara badan-badan awam  yang terdedah kepada amalan rasuah.
  • Menasihati Ketua-Ketua Badan Awam dan Swasta supaya memperbaiki sistem dan tatacara kerja dengan menutup ruang dan peluang jenayah rasuah.

Strategi Pendidikan
Mendapatkan dan memelihara sokongan ramai memerangi rasuah dengan cara :-

  • Menggunakan media massa dan komunikasi bersemuka untuk menyampaikan mesej tentang keburukan rasuah
  • Program-program perhubungan masyarakat
  • Perkongsian pintar dengan agensi-agensi kerajaan,syarikat kerajaan yang mempunyai kepentingan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

 

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article