" Buatlah keputusan yang bijak berdasarkan informasi". Satu keputusan yang tepat dan segera pastinya tidak dapat dibuat tanpa maklumat yang boleh disandarkan, demikian dinyatakan oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan selepas beliau merasmikan majlis taklimat penghantaran data online (PRISM) Pusat Maklumat Harta Tanah Negara ( NAPIC) jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta.
Kata beliau NAPIC akan menjadi sebuah organisasi pengimpulan data yang relevan kepada industri harta tanah negara dan industri leader dalam kajian pasaran harta tanah yang kumprehensif-.
Justeru itu katanya, NAPIC juga berusaha rnenyebarkan maklumat melalui laman web. Ini termasuk Laporan Status Pasaran Harta Tanah, Laporan Stok Harta Tanah yang diterbitkan pada setiap tahun dan boleh dimuat turunkan secara percuma dari laman web.
Beliau menambah, sebanyak RM 23.52 juta peruntukan bagi mernbangunkan sistem ini yang bermula pada penghujung tahun 2005 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2009. Jerayawarya memperkenalkan subsistem PIMS-PRISM bermula di Perlis dan berakhir di Sarawak.
Katanya lagi, NAPIC mempunyai lebih 9,000 pembekal data di seluruh negara dan sebanyak 600 pembekal data adalah dari Sarawak. Sistem ini dijangka akan digunakan secara online mulai suku pertama 2010.
Disamping itu tambah beliau lagi, terdapat juga harta yang dalam pembinaan vang rnasih belum terjual iaitu 1,411 unit kediaman dan 118 unit kedai. Bagi bangunan komersial, terdapat ruang kosong seperti 50,370 meter persegi ruang pejabat dan 67,250 meter persegi, ruang niaga.
Beliau juga menyarankan, kepada pihak yang terlibat dengan industri ini supaya menggunakan data harta tanah NAPIC sebagai sebahagian daripada kumpulan informasi dalam membuat keputusan.