- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

Must read

Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MMRR) Ke-218 akan  dihadiri oleh sembilan
raja-raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri bermula 28 hingga 30
Julai ini yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baru.

Perkara ini dijelaskan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika mengadakan sidang media mengenai MMRR Ke-218 di bangunan baru DUN, Petra Jaya semalam.

Menurut beliau, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan mempengerusikan MMRR Ke-218
yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baru ini.

Inilah  kali ketiga,  Sarawak diberi penghormatan sebagai tempat berlangsungnya mesyuarat ini selepas yang pertama
(ke-116) pada 1979 dan kedua (ke-157) pada 1992.

Pre-Council MMRR Ke-18 berlangsung di Aras 2, Bangunan DUN pada 28
Julai dan diikuti MMRR hari pertama dan kedua pada hari-hari berikutnya
di Aras 4.

Sembilan raja-raja Melayu yang hadir ialah Duli
Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Kedah, DYMM Sultan Perak, DYMM Raja
Perlis, DYMM Sultan Selangor, DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mahkota Johor, Pemangku Raja
Terengganu dan Tengku Mahkota Pahang.

Empat Yang di-Pertua Negeri pula masing-masing dari Sarawak, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article