- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

DUN Sarawak yang baru

Must read

venue persidangan yang ke tujuh


Tahukah anda ? Venue persidangan DUN Sarawak telah berubah tempat sebanyak tujuh kali (7 kali),dengan lokasi terbarunya, bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak tersergam indah di tebing Sungai Sarawak yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Petra Jaya pada 27  Julai 2009.
 
Menyorot kembali sejarah DUN, Sejarah DUN Sarawak, yang dikenali sebagai Majlis Umum hingga 1903, bermula di Bintulu apabila mesyuarat pertamanya berlangsung pada 8 Sept, 1867 di sebuah bangunan kayu yang sudah usang.Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar berkata demikian ketika taklimat media baru-baru ini.

Kemudiannya, Majlis Umum mengadakan mesyuarat keduanya di Fort Brooke di Sibu pada 15 Jun, 1868 manakala Venue ketiga persidangan DUN Sarawak ialah Astana, yang digunakan pada Oktober 1870.

Venue keempat pula ialah Bangunan Mahkamah lama yang digunakan pada 22 Julai, 1918. Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak pula menjadi venue kelima Council Negeri apabila mereka mengadakan mesyuarat kali ke-106 pada 28 Dis, 1973.

Kompleks Council Negeri (Dewan Undangan Negeri yang lama) di Petra Jaya menjadi venue keenam , di mana
sejak 33 tahun lepas, persidangan DUN Sarawak diadakan di kompleks berkenaan. Kompleks tersebut selepas ini dijangka menjadi Pusat Seni di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.

Semalam (27 Julai 2009), menandakan satu lagi sejarah apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru telah dirasmikan tersergam indah di tebing Sungai Sarawak.

Bangunan  sembilan tingkat berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk “terendak” ini memiliki reka bentuk dan senibina yang mengambil inspirasi kepelbagaian budaya di Sarawak.

Bangunan ini juga mesra golongan kurang upaya (OKU) yang memiliki keluasan 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter disamping dihiasi kawasan hijau seluas 50 hektar disekitarnya, termasuk taman orkid.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article