- Advertisement -spot_img
4,820
published news
and counting

Enam Sasaran Teras NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)

Must read

  • Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir 2010
  • Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah
  • Pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluaskan akses pendidikan berkualiti
  • Membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010
  • Peruntukan RM10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baikpulih 50,000 rumah menjelang 2012
  • Menetapkan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan demikian ketika Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran Perkhidmatan Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, NKRA dan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) bagi mewujudkan rasa bertangungjawaban di kalangan anggota perkhidmatan awam dan penjawat awam.

Paling penting jelasnya, ia membolehkan perkhidmatan awam dan anggota pentadbiran dapat dinilai secara menyeluruh daripada aspek kuantitatif mahupun kualitatif.

Setiap NKRA akan dikenalpasti menerusi KPi tersendiri dengan sasaran lebih khusus supaya pencapaian dapat diukur.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article