- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani

Must read

YBhg Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani, 53, telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sarawak yang baru, menggantikan YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot yang bersara akhir bulan ini.

YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot  yang memegang jawatan tersebut sejak 1 Januari 2007 menyerahkan tugas kepada bekas timbalannya itu dalam satu majlis ringkas di Wisma Bapa Malaysia pada 3 Ogos yang lepas. YBhg Datuk Mohamad Morshidi  sebelum ini merupakan Timbalan SUK Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat).

Sementara itu, YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot  dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dijangka beroperasi tahun ini yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (Score).

YBhg Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani berasal dari Kuching, memulakan kariernya sebagai eksekutif pengurusan dengan Petronas dari 1980 hingga 1988 sebelum menyertai perkhidmatan awam negeri sebagai Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara pada Ogos, 1988.

Beliau memiliki Sarjana Sains dalam Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Perangkaan), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article