Peranan dan tanggungjawab penjawat awam amat diperlukan bagi bersama-sama menumpukan pemikiran mereka terhadap enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pada 3 ogos yang lepas.
Kata Perdana Menteri, beliau meletakkan prinsip tinggi bukan saja di kalangan anggota pentadbiran, tetapi juga penjawat awam daripada Ketua Setiausaha Negara hingga pegawai tertinggi kerajaan yang komited untuk menjayakan NKRA.
Beliau menambah (6) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dikenalpasti dengan setiap satu daripada enam bidang dengan KPI yang lain untuk setiap kementerian adalah satu komitmen kerajaan, komitmen anggota kerajaan dan penjawat awam untuk bersama-sama dalam satu pasukan.
Jelas beliau lagi, ia berkait rapat dengan soal kebertanggungjawaban
Kini, menurut beliau adalah masa untuk kaedah tindakan, apa yang patut dilakukan dan bukan lagi bercakap tentang matlamat dan sasaran kita.
Sambil menambah, paling penting pada akhirnya adalah aspek pencapaian, yang menjadi sebab mengapa NKRA diperkenalkan.
Malah jelasnya, transformasi yang kita hasratkan akan dapat dicapai jika kita dapat mewujudkan apa yang disifatkan sebagai bidang keberhasilan utama. Ini adalah kerana penilaian yang paling bermakna adalah pencapaian bukanlah dari segi slogan, retorik, pidato yang sangat bermutu tapi akhirnya ia berkisar kepada prestasi
Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan enam sasaran teras NKRA, iaitu mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir 2010, semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah, pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti, membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010, peruntukan RM10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2012 dan menetapkan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012.