- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa

Must read


Bakal Dilaksanakan Oleh KBS

Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan
Program Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa bagi menggerakkan
pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara di seluruh dunia
bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi
melaksanakan kerja-kerja kesukarelawan.

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek berkata, Program
Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa ini akan membolehkan
pelajar-pelajar Malaysia di luar negara menimba pengalaman dalam
melaksanakan kerja-kerja kesukarelawan semasa menuntut di luar negara.

Selain itu katanya , program itu juga akan membolehkan mereka untuk
memperluaskan "networking " atau jaringan kerjasama antara pelajar
dengan masyarakat, badan-badan mahupun persatuan-persatuan tempatan.

"Saya percaya program ini juga akan membolehkan pelajar-pelajar kita
di luar negara menjadi "duta" yang mampu memberikan tanggapan positif
masyarakat tempatan kepada Malaysia," katanya.

Shabery berkata, model yang digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan
Malaysia di Indonesia di dalam membantu mangsa gempa bumi di Jawa Barat
adalah contoh yang amat baik dan akan digunakan bagi melaksanakan
Program Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa.

Pelajar-pelajar perubatan terbabit dari Jakarta dan Bandung dengan
kerjasama Kelab UMNO Luar Negara dan Jabatan Penuntut Malaysia
Indonesia, telah menyertai pasukan Sukarelawan Bulan Sabit Merah
Indonesia bagi memberikan bantuan di Pangalengan, Bandung Selatan.

Shabery yang juga Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara berkata, konsep
lama program Kelab UMNO Luar Negara yang lebih bertujuan untuk
membolehkan pelajar-pelajar Malaysia bernesra dan berkenalan antara
satu sama lain akan diubah pendekatannya.

"Kita akan menerapkan program-program yang akan membawa
pelajar-pelajar kita membina rangkaian hubungan dengan masyarakat di
mana mereka berada.

"Selama ini saya dapati ramai pelajar Malaysia di Amerika tidak ada
rakan rakyat Amerika, ramai pelajar kita di UK tiada rakan rakyat
British, mereka hanya bergaul dan berkumpul sesama sendiri," katanya.

 

Disediakan Oleh : Hisham Abdul Hamid, SUA Menteri Belia dan Sukan.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article