- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

KBS Sambut Baik

Must read

Penubuhan Pasukan 1Malaysia F1 Team

Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik
penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team dan bersedia menjalin kerjasama dengan
Kementerian Kewangan untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak itu.

 

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek dipetik dari BERNAMA sebagai berkata,
pengumuman penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team oleh Perdana Menteri itu amat
dialu-alukan dan sudah tentu membanggakan rakyat di negara ini terutama di
kalangan mereka yang meminati sukan permotoran tersebut.

 

"Sudah sekian lama Malaysia hanya
menjadi penganjur sukan itu dan dengan memiliki infrastruktur antara yang
terbaik di dunia itu, sudah sampai masanya kita mempunyai pasukan sendiri.

 

"Ini satu peningkatan mendadak dan sudah
tentu ia bukan satu perkara yang mudah memandangkan ia memerlukan kepakaran
bukan sahaja dari segi pemanduan tetapi juga kejuruteraan dan reka
bentuk," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika
diminta mengulas tentang pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai penubuhan
pasukan 1Malaysia F1 Team Selasa.

 

Ahmad Shabery yang ditemui selepas majlis
berbuka puasa bersama pegawai Kemaman Supply Base (KSB), Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) Kertih, serta pegawai sukan di sini malam ini, turut
melahirkan keyakinan terhadap kemampuan anak tempatan dalam sukan itu.

 

"Ia mungkin akan ambil masa untuk
pasukan kita bersedia dan menjadi terkenal seperti pasukan F1 yang sedia ada
sekarang. Macam pasukan BMW juga, mereka ambil masa untuk capai tahap yang
tinggi seperti sekarang.

 

"Jadi kita tidak perlu negatif dan patut
berbangga dengan perkembangan tersebut," katanya.

 

Najib semalam (15 september 2009) mengumumkan pasukan 1Malaysia
F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan
F1 mulai tahun depan.

 

Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan
gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa
Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air
Asia.

 


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article