- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

KBS Namakan Gelanggang Skuasy Nicol David

Must read

Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet minggu
ini telah memberikan lampu hijau ke atas hasrat Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) untuk mengiktiraf jaguh sukan negara yang menggegar dunia dengan
menamakan gelanggang sempena nama mereka.

 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery
Cheek, berkata kelulusan itu harus dijadikan faktor pembakar semangat dan
sumber inspirasi untuk terus melakar pencapaian gemilang di peringkat
tertinggi.

 

"Cadangan menamakan kemudahan sukan
sempena atlit negara yang sudah mengharumkan nama negara dibentangkan pada
mesyuarat Kabinet, semalam (30 September 2009). Kabinet sudahpun menerima dan
bersetuju dengan cadangan itu.

 

"Saya percaya kelulusan itu dapat
memberikan semangat kepada atlit-atlit negara, terutamanya atlit muda, supaya
bekerja keras dan mencapai tahap kejayaan tertinggi demi negara," katanya
dalam satu kenyataan, semalam.

 

Untuk itu, KBS telah memutuskan untuk
memberikan penghormatan dengan menamakan gelanggang utama di Pusat Skuasy
Nasional, Bukit Jalil, sempena ratu skuasy negara, Nicol David.

 

Ia sebagai mengiktiraf Nicol yang kini jelas
jaguh utama sukan itu, termasuk kejayaannya memenangi Terbuka Dunia sebanyak
empat kali, termasuk yang terbaru, minggu lalu.

 

"Kelulusan Kabinet itu memang bagus
kerana ia memberikan kita peluang untuk mengabadikan nama-nama atlit terulung
negara ketika mereka masih hidup," kata Shabery.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article