Dewan Bandaraya Kuching Utara sentiasa peka dan mementingkan kehendak-kehendak wargakota dan sedaya upaya pada setiap masa untuk menunaikan tanggungjawab awamnya selaras untuk menjadi sebuah kuasa tempatan yang telus bertanggungjawab dan ungul.
Untuk merpertingkatkan lagi prestasi dan kualiti kerja di kalangan pegawai-pegawai DBKU, Biro Maklum Mesra (BMM) telah ditubuhkan dahulunya dikenali dengan Biro Aduan. Biro Maklum Mesra (BMM) ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat aduan, cadangan, pandangan serta maklumat yang berhubungkait dengan perkhidmatan yang diberikan oleh DBKU.
Biro Makluman Mesra (BMM) ini bertindak sebagai pusat penyaluran maklumbalas serta aduan daripada orang ramai. Setiap aduan/cadangan/permintaan akan diproses dan disalurkan kepada bahagian-bahagian berkaitan untuk disiasat bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Bagi kes-kes kecemasan seperti pokok tumbang, lampu isyarat tidak berfungsi, banjir, minyak tumpah, bangkai binatang dan seumpamanya, tindakan akan diambil dalam tempoh 24jam.
Bagi aduan yang memerlukan penelitian serta melibatkan banyak pihak, lawatan ke lokasi aduan akan diadakan dengan dihadiri oleh pegawai kanan DBKU serta bahagian-bahagian yang berkaitan. Ini bertujuan untuk membuat tinjauan lebih terperinci terhadap satu satu permasalahan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1991, BMM telah menerima lebih kurang 2,000 maklumbalas dalam tempoh setahun. Sebagai contoh, pada tahun 2008 DBKU telah menerima sebanyak 2331 maklumbalas daripada orang awam. Kategori maklumbalas tertinggi adalah berkenaan perparitan, penyelenggaran jalan, pemotongan pokok, pengendalian sampah sarap dan semak samun.
Jika ada sebarang maklumbalas atau aduan boleh disalurkan kepada DBKU melalu talian HOTLINE 082-446644 atau secara on-line melalui http://admin.erequest.emoss.com.my atau melalui lawatan peribadi ke DBKU. Talian HOTLINE DBKU beroperasi 24 jam bagi memudahkan orang ramai menghubunginya bagi menyalurkan maklumbalas atau permasalahan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU, Tingkat 1, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching ditalian 082-446688 dan Hotline DBKU 082-446644 atau Faks 082-441269.