- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pemeliharaan Alam Sekitar

Must read


Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak secara berterusan mempromosi dan menyokong aktiviti-aktiviti berunsurkan pelancongan di negeri ini.

Menterinya Datuk Michael Manyin Jawong berkata, "Sarawak menawarkan kepelbagaian flora dan fauna yang unik di mana ianya hanya boleh ditemui di negeri ini sahaja. Oleh demikian, kerjasama yang erat daripada semua pihak amatlah penting dalam mencapai objekstif yang berterskan pemeliharaan alam sekitar dan pelancongan".

Beliau bercakap demikian semasa majlis penutupan "Mini Bird Race 2009" anjuran bersama, Kementerian Pelancongan Malaysia, Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Borneo Highlands Resort semalam.

Manyin menggesa supaya aktiviti seumpama ini diteruskan dengan menyediakan lebih banyak kemudahan yang mesra pengguna demi menggalakkan sektor pelancongan berkembang.

"Kerjasama semua pihak hendaklah ditingkatkan kerana Sarawak sememamngnya sedia ada mempunyai daya tarikan tersendiri melalui pelbagai spesis flora dan fauna yang menarik", tambah beliau.

Menurut Manyin lagi, dengan adanya kemudahan sedemikian, ianya akan dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada luar negara terutamanya di kalangan pelajar. Secara tidak langsung perkara ini membantu mempromosikan produk perlancongan negara di peringkat antarabangsa.

Turut berucap di majlis tersebut ialah, TImbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Ose Murang. Beliau dalam ucapannya berkata, pertandingan Mini Brid Race ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pentingnya menjaga alam sekitar bahkan ianya dapat mengenal pasti spesis burung baru melalu kaedah pengamatan bunyi, rupa bentuk dan tabiat haiwan tersebut.

Sebanyak 11 spesis burung baru telah dikenal pasti sepanjang pertandingan tersebut dengan jumlah keseluruhan 173 spesis berada di Borneo Highlands Resort.

Mini Bird Race 2009 telah disertai oleh 24 kumpulan secara berpasangan yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan dan orang ramai sekitar bandaraya Kuching.

Hadir sama pada majlis penutupan tersebut ialah, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia Cawangan Kuching, Rebecca D' Cruz dan Ketua Pegawai Operasi Borneo Highlands Resort, Loh Leh Ching.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article