Lawatan kerja ke Jabatan ini merupakan yang pertama di adakan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak selelpas dilantik dan dihadiri oleh beberapa Ketua Jabatan yang dijemput.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan ke atas beberapa objektif, strategi dan usaha yang dijalankan oleh JPNS dalam penyampaian sistem perkhidmatan awam, amalan persekitaran berkualiti (Amalan 5S) dan peranan JPNS kepada penduduk pedalaman negeri Sarawak selain dari medium perbincangan berkaitan isu-isu yang dibangkitkan.
Acara sebegini juga diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara Jabatan ini dan Kerajaan Negeri.
Pada masa yang sama, sesi penyerahan Mykad dan sijil kelahiran disempurnakan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak kepada 3 orang penerima.