Bajet 2010 menjadi asas kepada pembentukan model ekonomi baru dan penggubalan RMK-10. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia, bajet kali ini mendahulukan kesejahteraan rakyat dan mengutamakan pencapaian matlamat NKRA.
Bajet 2010 memberi penekanan kepada usaha melonjakkan peranan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi, membangunkan modal insane berkemahiran tinggi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Bajet ini bertumpu kepada 3 strategi berikut;
1. Memacu Negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
- Menyediakan Persekitaran Mesra Perniagaan
- Perlaksanaan Inisiatif Penswastaan
- Meningkatkan InisiatifProjek Perkongsian Awam-Swasta (PPP)
- Mempergiatkan Kemasukan Pelaburan Asing
- Memperliatkan Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan
- Memanfaatkan sepenuhnya Niche Areas
- Merancakkan Industri Pelancongan
- Memantapkan industry ICT
- Mempergiatkan Industri Halal
- Memajukan sektor Pertanian
- Mengalakkan Industri Pembinaan
- Memperkasakan Perusahaan Kecil Dan Sederhana
- Membangunkan Teknologi Hijau
- Menggalakkan Pembinaan Bangunan Hijau
- Menggalakkan Industri Kreatif
2. Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan
- Meningkatkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi
- Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
- Menjaga kebajikan Golongan Pelajar
- Mengilap Kemahiran Tenaga Kerja
- Mempergiatkan Program PERMATA
- Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam
- Memantapkan Sistem Perbankan dan Kewangan
- Mencergaskan Pasaran Saham
- Memajukan Lagi Sistem Kewangan Islam
- Program Mikro Kredit Ar-Rahnu
3. MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Walau apa pun rintangan, walau apa pun cabaran, Kerajaan akan terus mempejuangkan kepentingan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, sama ada di kota mahupun di desa. Hasil kemajuan yang dicapai akan dinikmati bersama dalam suasana aman, selamat dan selesa.
Untuk menjamin keselamatan rakyat, Kerajaan akan menumpu kepada langkah memantapkan ketenteraman awam dan mencegah jenayah. Di samping itu, usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar akan diberi penekanan. Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan perumahan, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.
Meningkatkan Pendapatan Dan Taraf Hidup Rakyat
Kerajaan prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya kos sara hidup yang semakin membebankan. Ke arah ini, Kerajaan akan melaksanakan NKRA untuk membasmi kemiskinan tegar serta meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.
- Membantu Golongan Miskin dan Mudah Terjejas
- Pembinaan Kedai Desa
- Menangani Kemiskinan di Bandar
- Meningkatkan Pemilikan Rumah
- Menambah Kemudahan Kesihatan Awam
- Meningkatkan Jaringan Keselamatan Sosial
- Sukuk 1Malaysia
- Skim Persaraan lMalaysia
- Caruman KWSP
- Pembangunan Hartanah Wakaf