- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan

Must read


Performance Management Delivery Unit atau PEMANDU telah ditubuhkan pada 16 September 2009. la bertujuan mengawasi pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan dan jenteranya agar lebih berkesan dan telus. PEMANDU yang dianggotai oleh pegawai daripada sektor awam dan swasta bekerjasama dengan Kementerian dan agensi bagi menyelia dan menyokong pelaksanaan 6 NKRA dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Kerajaan akan terus mengambil usaha memantapkan institusi latihan Kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang berkualiti, berprestasi tinggi dan berpengetahuan. Bagi mencapai hasrat ini, Institut Tadbiran Awam Negara yakni INTAN, Bukit Kiara akan di struktur semula sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia. Dengan ini, INTAN Bukit Kiara akan dinaik taraf sebagai School of Government, dengan kuasa autonomi, ditadbir secara profesional, dibantu tenaga pengajar berpengalaman dan menjalin kerjasama dengan institusi terkemuka dunia.

Selaras dengan itu, pads 15 September yang lalu pula, Perdana Menteri telah melancarkan Program Penempatan Bersilang (cross-fertilisation) di antara jabatan Kerajaan dan GLC. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab kedua-dua pihak. la juga dapat meningkatkan lagi kecekapan dan meluaskan jaringan atau networking. Program ini akan diperluaskan dengan menempatkan pegawai Kerajaan di syarikat swasta dan agensi antarabangsa.

Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, Kerajaan, dalam Bajet 2009, telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bulanan daripada 2 ribu ringgit kepada 3 ribu ringgit untuk mendapat subsidi yuran taska sebanyak 180 ringgit sebulan. Sebagai tanda prihatin kepada para penjawat awam, semua Kementerian dan jabatan Kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak. Untuk ini, Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak 200 ribu ringgit bagi setiap Kementerian dan jabatan Kerajaan untuk menubuhkan pusat penjagaan harian ini.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan sektor swasta juga mengambil langkah yang sama untuk membantu pekerja mereka. Ini memandangkan insentif cukai kepada majikan telah pun disediakan ke atas penyediaan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak, antaranya Elaun Bangunan Industri dan potongan cukai ke atas perbelanjaan penyelenggaraan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article