- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

SPAD dijangka mula beroperasi pada 2010

Must read


Kerajaan jugs telah meletakkan pengangkutan awam bandar sebagai salah satu NKRA untuk memudahkan mobiliti rakyat bagi menjalankan aktiviti harian. Kemudahan pengangkutan awam yang balk mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Untuk tujuan ini, kits memerlukan satu sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan. Langkah berikut akan diambil:

  • Mempercepat penubuhan dan operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD sebagai pihak berkuasa tunggal untuk mengawasi dan menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam bandar. SPAD dijangka mula beroperasi pads 2010;
  • Menambah 8 Electric Multiple Unit (EMU) yang baru dan membaik pulih 9 EMU oleh KTMB. Langkah ini akan dapat meningkatkan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan Komuter;
  • Menambah 35 unit tren Aliran Transit Ringan (LRT) oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad bagi laluan Kelana Jaya-Taman Melati. 4 unit tren telah diterima dan sedang beroperasi, manakala 22 unit akan diterima pads tahun 2010 dan bakinya pads tahun 2011. Langkah ini akan dapat menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat;
  • Membina laluan berbumbung menghubungkan stesen LRT ke pusat aktiviti berhampiran. Stesen terlibat adalah Plaza Rakyat, Pasar Seni, Bandaraya, Jalan Sultan Ismail, PWTC dan Jalan Hang Tuah;
  • Memperluaskan laluan khas dan menambah bilangan bas untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatannya di Kuala Lumpur. Di samping itu, 4 hab baru jugs akan dibina di Pulau Pinang bagi meningkatkan perkhidmatan bas dan penambahan rangkaian laluan;
  • Mempercepatkan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak yang dapat mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya; dan
  • Menyediakan laluan khas untuk bas di lebuh raya yang kurang digunakan dan mengubahsuai laluan Touch & Go di plaza tol.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article