- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

1Malaysia F1 Team

Must read

YB Dato' Razali bin Haji
Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Malaysia pada 26 Oktober
2009 yang baru lalu menyatakan bahawa Pasukan Formula Satu 1Malaysia
juga dikenali sebagai 1Malaysia F1 Team adalah merupakan satu inisiatif
usahasama yang dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

“Kerajaan tidak mempunyai sebarang ekuiti atau pelaburan dalam
projek tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung yang
dibuat melalui syarikat berkaitan kerajaan. 1Malaysia F1 Team ini
adalah pemilikan bersama Tune Group, Kumpulan Naza dan Light Speed
United Kingdom.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan berkaitan dengan
pelaburan kerajaan dalam projek pasukan F1 1Malaysia secara langsung
dan secara tidak langsung dan apakah hasil daripada projek ini yang
menguntungkan kerajaan daripada segi kewangan dalam masa lima tahun
yang akan datang yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Segambut, Tuan Lim
Lip Eng.

YB Dato Razali memaklumkan juga bahawa bagi mencapai matlamat
penubuhannya, 1Malaysia F1 Team telah mengesahkan modal permulaan
mereka sebanyak RM168 juta dan menganggarkan bajet tahunan yang
diperlukan adalah sebanyak RM308 juta bagi memastikan pasukan ini dapat
bersaing seperti yang dirancang.

“Keseluruhan jumlah ini akan dibiayai sepenuhnya oleh para promoter
serta rakan kongsi mereka iaitu Light Speed United Kingdom juga melalui
penaja-penaja swasta yang lain sama ada daripada dalam mahupun luar
negara. Justeru, 1Malaysia F1 Team tidak menjangkakan keuntungan dalam
tempoh beberapa tahun pertama.”

Beliau turut menyatakan bahawa sebarang keuntungan yang diperoleh
akan dilaburkan kembali bagi membina kemudahan pasukan Litar
Antarabangsa Sepang serta bagi membiayai pembinaan pusat penyelidikan
dan pembangunan dalam mempertingkatkan lagi prestasi kereta mereka.

“Walau bagaimanapun, keuntungan dan risiko ini juga turut bergantung
kepada tempat yang akan dicapai dalam perlumbaan dan setiap kemampuan
pasukan dalam menarik minat para penaja.”

“Dengan penyertaan 1Malaysia F1 Team ini juga Malaysia telah berjaya
menempatkan diri dalam persaingan pasukan Formula Satu, di mana jika
sebelum ini Litar Antarabangsa Sepang bertindak sebagai penyedia
infrastruktur, kini 1Malaysia F1 Team menjadi pelengkapnya. Selain itu,
1Malaysia F1 Team akan mewujudkan perkembangan serta pemindahan
teknologi di antara Lotus dan Proton. Dalam masa yang sama, pakar
pembuat komposit terkemuka Negara iaitu Composite Technology Research
Malaysia juga akan menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada projek
1Malaysia F1 Team di mana chassis kereta 1Malasia F1 Team akan
dibangunkan oleh mereka.”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article