- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2009

Must read


Sarawak telah berjaya merangkul Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2009 pada satu konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan ke-26 2009 yang telah diadakan pada 9-11 November yang lepas di Ipoh Perak.

Sarawak diwakili oleh Kumpulan Sassoku daripada Jabatan Tanah dan Survei untuk kategori pengurusan dan Kumpulan Optik daripada Radio & Televisyen Malaysia (RTM) bagi kategori teknikal.

Kedua-dua kumpulan yang memenangi anugerah ini membawa pulang piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2009, wang tunai berjumlah RM 13,000 berserta sijil.

Sebanyak 28 kumpulan yang mewakili setiap negeri telah mempersembahkan projek masing-masing.

Kedua-dua kumpulan ini diurus dan diselaraskan oleh unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Konvensyen KIK kali ini bertemakan Penggerak Kreativiti, Innovasi dan Produktivi.

Hadir untuk menyampaikan hadiah pada Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam ke-26 ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

(Sumber dari Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article