- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Matlamat 1 Juta Keahlian Rakan Muda Menjelang 2010

Must read

Gaya Hidup Rakan Muda Sektor Perbandaran
memaparkan satu dimensi baru dalam merancang program untuk para remaja tanah air
melalui pelbagai aktiviti, gerai, pertunjukan, pameran yang dijalankan pada program
ini, sedikit sebanyak dapat melibatkan anak-anak muda dengan aktiviti yang
sihat. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah pemantauan Bahagian Pembangunan Rakan Muda yang mensasarkan
keahlian sebanyak 1 juta menjelang 2010, kata YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek,
Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam ucapan beliau sempena Pelancaran
Karnival Rakan Muda (Sektor Perbandaran) di Kuala Lumpur pada 15 November 2009
yang baru lalu.

 

Tambah beliau lagi, berdasarkan kejayaan
program Rakan Muda Wawasan Desa, Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah
memperluaskan liputan sasar melalui program Rakan Muda Pengsektoran dengan
menambah aktiviti yang meliputi sasaran peserta yang terdiri daripada
masyarakat Cina, India, Peribumi dan masyarakat minoriti yang lebih besar.
Kini, program ini diperluaskan kepada sektor perumahan Kg. Baru, Estet,
masyarakat Siam, Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak dan kini sektor
perbandaran (Rumah Pangsa/Setinggan).

 

Program ini telah menekankan aspek
pembangunan Rakan Muda iaitu pembangunan fizikal, mental, spiritual dengan
elemen pembangunan masyarakat telah diperkenalkan secara menyeluruh kepada
masyarakat komuniti setempat

 

Program yang dianjurkan bersama Bahagian
Pembangunan Rakan Muda dan Persatuan Penggerak Rakan Belia Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur telah berjalan sejak 14 November dan berakhir hari ini. Turut
hadir Y.B Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, Y.Bhg Dato’ Haji
Fathul Razi Haji Bakri; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan
Pengerusi Penggerak Rakan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PELAPIS).


Oleh Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat, KBS

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article