- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Seminar Pencegahan Rasuah 2009

Must read


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengadakan seminar Pencegahan Rasuah Melalui Sistem 2009 pada 25 November ini (Rabu) di Four Points.

Seminar yang julung kalinya diadakan di Sarawak ini akan membentangkan tiga kertas kerja yang bertajuk Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem, Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti Sektor Awam (STAI) dan Kesan Kegagalan Permatuhan Prosedur-Kes Sebenar.

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Persekutuan dan Negeri bakal turut serta dalam seminar sehari ini.

Penganjuran seminar ini antara lain ingin mendapatkan dan memelihara sokongan ketua-ketua jabatan dalam usaha untuk memerangi jenayah rasuah, merangka dan mengaplikasi satu mekanisme untuk menutup ruang dan peluang jenayah rasuah dan seterusnya mengekalkan tahap integriti yang tinggi di jabatan dan organisasi kerajaan di negeri Sarawak serta untuk meningkatkan kesedaran bahawa amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa jenayah keji yang menjadi tanggungjawab bersama setiap anggota masyarakat untuk memerangi dan membenterasnya.

Selain pengajuran seminar, SPRM Negeri Sarawak turut mengadakan aktiviti seperti ceramah, pameran, pidato pencegahan rasuah untuk pelajar institusi tinggi serta mengadakan program gerak mesra seperti kesukanan, keagamaan dan pendidikan masyarakat dalam usaha untuk mencegah amalan rasuah.

(Sumber Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article