- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

JKTU Sebagai Kesinambungan JKP

Must read

Konvensyen JKP (Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan) pada tahun ini (2009) adalah kali terakhir diadakan yang selepas ini digantikan  dengan Konvensyen JKTU (Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus).

Demikian umum Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg Dato' Sri Haji Ahmad Said Bin Hamdan pada Majlis Penutupan Konvesyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan 2009 yang diadakan di Kuching pada 8 Disember 2009.Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg Dato' Abu Kassim Bin Mohamed.

Mengenai JKTU, jelas beliau arahan tersebut telahpun diluluskan oleh YAB Perdana Menteri dan akan mengantikan JKP yang sedia ada

JKTU tersebut adalah bermatlamat, antara lain untuk memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan berlandaskan kepada pentadbiran yang berintegriti,tadbir urus terbaik dan tiada karenah birokrasi.

Pada masa jelas beliau lagi, ia hendaklah terhindar dari kelemahan pentadbiran,gejala rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.

Selain itu, ia menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan, berintegriti dan berupaya memenuhi kepuasan pelanggan serta mewujudkan persekitaran Perkhidmatan Awam yang berdaya saing selaras dengan kehendak stakeholders.

Mengulas lebih lanjut, jelasnya penambahbaikan-penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam JKTU itu nanti dibuat sebagai perubahan mengikut peredaran semasa dalam usaha menjadikan JKTU sebagai platform yang lebih baik dan diterima.

Ia diharap dapat menyelesaikan masalah terutama membabitkan pentadbiran kerajaan dan sektor awam yang akan menjana kepada pembangunan negara yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article