- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SCS-ii-Sistem Pengurusan Idea Dibangunkan

Must read

SCS-ii  ataupun Idea-Idea Innovatif Penjawat Awam Negeri Sarawak (SCS-ii) yang merupakan satu aplikasi sistem pengurusan idea telah dilancarkan pada Majlis Perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang lepas (27 November 2009) dilihat sebagai satu  permulaan usaha kerajaan negeri mengalakkan penjawat awamnya menyumbang apa sahaja idea inovatif dan kreatif demi meningkat sistem penyampaian perkhidmatan.

Usaha tersebut adalah rentetan daripada saranan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani semasa amanat perdana beliau pada 13 Ogos 2009 yang mengalakkan penjawat awam mengemukakan idea-idea untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ataupun lebih spesifik lagi, sekurang-kurangnya dua (2) idea setahun.

Cabaran tersebut ada rasionalnya, setelah diambil kira dengan jumlah kursus ataupun seminar yang mungkin dihadiri penjawat awam yang boleh memungkinkan percambahan idea-idea baru.

Selanjutnya, beliau menyarankan agar wujudnya satu sistem yang mampu menerima dan mengurus idea-idea ini yang dimasukkan ke dalam pangkalan data. Idea-idea tersebut (di mana yang bersesuaian) akan  diterima dan dilakukan usaha susulan bagi merealisasikannya.

Objektif sistem tersebut selain mengumpul, menilai, membangun dan melaksanakan idea-idea inovatif dari penjawat awam turut mengalakkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan penjawat awam.

Ia juga mengalakkan persekitaran yang terbuka dan kondusif untuk menjana idea-idea baru, disamping membudayakan perkongsian ilmu pengetahuan sesama penjawat awam.

Paling penting, sistem ini dibangunkan untuk mengalakkan perasaan kepunyaan ataupun esprit de corps dengan masing-masing mempunyai peranan mereka bagi memastikan imej perkhidmatan awam terus meningkat.

 
Antara komponen-komponen sistem ini ialah ia terbuka kepada semua penjawat awam negeri yang memiliki akaun SarawakNet dengan hanya melayari www.scs-ii.sarawaknet.gov.my untuk menghantar idea-idea tersebut secara dalam talian.

Menariknya sistem tersebut ialah penyumbang idea boleh menyimpan (draf) ataupun membuat pindaan terhadap idea-idea sebelum mengambil keputusan muktamad untuk menghantar idea tersebut.

 
Malah, identiti penyumbang idea tersebut dirahsiakan bagi memastikan penilaian tepat dan seadilnya dibuat berdasarkan kebernasan sesuatu idea dan bukan kepada siapa yang menghantar idea tersebut.

Sistem yang dibangunkan oleh Unit ICT, Jabatan Ketua Menteri ini turut melibatkan kerjasama Unit Pengurusan Sumber Manusia yang mana sistem tersebut akan  membantu unit HRM tersebut dalam menilai, menapis, memilih, memperhalusi,melaksanakan dan memantau idea-idea daripada para penyumbang.

Hasil daripada sistem ini, diharap idea-idea yang praktikal dan berguna tanpa mengira apa latarbelakang si pengirim, jawatan dan agensi kerajaan diberi perhatian sewajarnya dan paling penting, sama-sama menyumbang ke arah sistem penambahbaikan perkhidmatan awam.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article