- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pembangunan negeri pada Tahun 2010

Must read

Tahun 2010 akan menandakan satu  era yang sangat penting bagi pembangunan negeri yang akan mengikut model ekonomi baru dalam usaha  melonjakkan peningkatan pembangunan ekonomi ke  peringkat lebih tinggi setaraf dengan ekonomi Negara maju iaitu High Income Economy atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, pelaksanaan pembangunan negeri menerusi Koridor Tenaga Diperharui Sarawak (SCORE) diyakini akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang mapan bagi Sarawak sehingga ke tahun 2030.

Selaras usaha tersebut, beliau berharap rakyat Sarawak menumpukan fokus kepada peningkatan keupayaan (Capacity Building/Human Resource Capital) dalam pelbagai bidang bagi persiapan memenuhi keseluruhan tenaga manusia yang diperlukan dalam SCORE.

Teks ucapannya dibaca oleh Timbalannya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang bersempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2010 yang disiarkan RTM Sarawak baru-baru ini.

Beliau turut berkeyakinan Bajet Negara 2010 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Patinggi Haji Mohd. Najib Tun Abdul Razak selaku Menteri Kewangan tidak lama dulu menguntungkan semua negeri termasuk Sarawak terutama dalam peningkatan kualiti hidup rakyat

Jelasnya, bagi negeri Sarawak, Bajet 2010 yang telahpun dilulus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, antara lain akan terus memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti dalam sektor-sektor pembangunan industri dan perdagangan, pembangunan kemudahan awam, pengangkutan dan perhubungan, pertanian dan pembangunan luar bandar dan bandar dalam negeri ini.

Dengan yang demikian, jelasnya usaha akan diteruskan untuk memastikan keseimbangan pembangunan di antara luarbandar dan bandar untuk mengurangkan jurang perbezaan kemajuan dan pembangunan di antara kawasan-kawasan  tersebut.

Katanya lagi, Bajet Negeri 2010 seperti juga Bajet Negara akan meneruskan usaha mengujudkan keadaan yang lebih sihat untuk membantu pihak swasta memainkan peranan yang lebih aktif sebagai jentera pertumbuhan ekonomi yang utama dalam pembangunan ekonomi negeri ini.

Antara lain usaha akan diteruskan untuk memodenkan sektor pertanian untuk faedah rakyat. Untuk itu pelbagai program pertanian sedang diatur seperti penanaman padi secara komersial, penangkapan ikan secara moden di laut dalam khususnya di kawasan-kawasan berdekatan dengan Tanjing Manis, pembukaan beberapa tempat di Rajang delta untuk akuakultur dan lain-lain lagi.

Pada keseluruhan, menurutnya Negeri Sarawak akan memasuki era pembangunan di bawah fasa kedua politik pembangunan yang lebih mencabar lagi.

Ianya pastinya menuntutkan semua berusaha lebih gigih bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan pembangunan dan tuntutan semasa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article