- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tahun 2010, ekonomi negeri diramal akan meningkat

Must read

Ekonomi Sarawak dijangka meningkat sebanyak 0.7% pada penghujung tahun 2009 ini.Ia sekaligus meningkatkan keyakinan bahawa pada tahun 2010, ekonomi negeri diramal akan terus meningkat sebanyak 2.8 peratus.


Peningkatan ini di dorong oleh perkembangan dalam ekonomi global, harga komoditi dan pelaksanaan mengenai pendapatan kewangan awam dan polisi kewangan di peringkat nasional.


Malah, pelaksanaan projek-projek besar di bawah SCORE akan menguna pakai sepenuhnya sumber¬-sumber asli yang sedia ada dilihat bertepatan dalam usaha mengubah landskap ekonomi yang berasaskan pertanian tradisi ke ekonomi berpendapatan tinggi dan moden.


Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng berkata demikian dalam perutusan sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2010 yang disiarkan RTM Sarawak baru-baru ini.


Beliau turut berkata untuk memperkukuhkan lagi ekonomi masa kini, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus berusaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan .


Selain itu, kerajaan negeri akan terus memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan Pakej Rangsangan Ekonomi akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Jelas beliau antara pendekatan dilaksanakan membantu meningkatkan ekonomi negeri adalah dengan beralih kepada model ekonomi baru yang berasaskan inovasi, kreativiti disamping  menambah tinggi nilai aktiviti ekonomi tempatan.


Sehubungan itu, masyarakat perdagangan, dan perindustrian tempatan diharap dapat memanfaatkan sepenuh peluang untuk membangun serta merangsang aktiviti perniagaan masing-masing.


Pembangunan sumber manusia, jelas beliau turut menjadi asas kepada pembangunan ekonomi yang turut menjadi syarat penting untuk persaingan pada  peringkat global


Selain penekanan terhadap nilai tambah produk-produk keluaran tempatan, aspek tenaga kerja yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif khususnya dalam bidang pembangunan dan penyelidikan perlu diambil perhatian .


Selaras dengan perancangan yang menyeluruh terhadap SCORE, masyarakat juga jelasnya perlu terus berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan masing-masing agar dapat memenuhi permintaan tenaga kerja dalam bidang berteknologi tinggi dan bidang industri berasaskan tenaga dalam wilayah SCORE nanti.


Sebagai langkah persediaan terhadap ekonomi dunia yang  dijangka akan terus mencabar pada tahun hadapan, pendekatan bijak dalam mengurus sumber-sumber kewangan dan menyemai budaya berdisiplin dalam perbelanjaan bagi memastikan sumber-sumber kewangan ini terpelihara perlu dipraktikkan.


Disamping itu, jelas beliau perancangan yang berpandangan jauh bagi memastikan polisi kita dapat menuju ke arah yang sesuai dan tepat dengan persekitaran dan suasana yang sentiasa berubah-berubah.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article