- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Fasa II GTP Beri Fokus Kepada 3 Aktiviti Utama

Must read



 


Fasa 1 GTP

Selepas pertama kali ia diperkenalkan pada April 2009, fasa 1 atau perancangan dan reka bentuk inisiatif GTP telah disiapkan, lima bulan kemudian. Kejayaan yang dicapai di bawah Fasa 1 melibatkan lima (5) aspek :-




  • Enam portfolio NKRA secara kolektif dikenalpasti oleh Kabinet, sasaran KPI dan pelan-pelan pelaksanaan dibentuk dan kesemua enam (6) Menteri peneraju yang dilantik, komited dalam menjalan dan melaksanakannya.
  • Kesemua 28 menteri telah mengenalpasti KRA menteri (KRA) utama masing-masing bersama sub NKRA dan MKPI, yang sudah dimulakan selepas kajian pertama oleh Perdana Menteri pada November dan Disember 2009.
  • Sebanyak 38 Ketua Setiausaha kementerian-kementerian dan Ketua-Ketua Pengarah daripada agensi-agensi utama telah memulakan proses menyelaras dan penyelarasan semula KPI mereka dengan NKRA dan NKPI , termasuk KRA dan KPI menteri masing-masing.
  • Lebih 500 pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi diberi penerangan berkenaan asas  metadologi KPI melalui penglibatan dalam proses ini dan akan bertindak sebagai ‘agen perubahan” dengan latihan selanjutnya akan diberikan.
  • Perancangan bagi Bajet Negara 2010 dan perumusan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh bagi 2011-2015 telah mengambil perhatian dan akan memberi fokus dan keutamaan kepada NKRA dan MKRA.


Fasa II GTP :

Inisiatif GTP kini berada di bawah Fasa II dan semasa tempoh ini, PEMANDU akan memberi tumpuan kepada tiga aktiviti utama-mengendali lapan makmal (labs),setiap satu bagi enam NKRA; menganjurkan “Hari Terbuka GTP” untuk orang awam, dan melancarkan Hala Tuju GTP 1Malaysia.

Lapan makmal yang dimulakan pada awal Oktober telah selesai dikendalikan pada pertengahan November 2009. Ia telah menghasilkan ribuan program yang mensasarkan pencapaian dan merealisasikan enam NKRA.

Makmal ini dilaksanakan dalam persekitaran penyelesaian masalah yang intensif dengan ruang kerja khas serta penglibatan ahli kumpulan kerja sepenuh masa. Ahli-ahli kumpulan bekerja kea rah penyampaian dengan pemantauan prestasi yang intensif. Pendekatan makmal membolehkan kumpulan-kumpulan bukan sahaja berusaha ke arah mengenalpasti cabaran dan penyelesaian, tetapi yang lebih utamanya, menyampaikan keputusan penting dengan lebih pantas.

Lebih 250 individu daripada pelbagai Kementerian, agensi dan jabatan dari seluruh negara terlibat dalam makmal-makmal tersebut. Dalam setiap makmal, sekurang-kurangnya terdapat 20 organisasi bekerjasama, mengurangkan halangan dengan matlamat untuk meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan dan memupuk budaya prestasi tinggi.

Seiring dengan polisi kerajaan untuk lebih ketelusan dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia dengan konsep 1Malaysia, Hari Terbuka pertama sudah diadakan di Selangor pada Disember 2009,yang mana objektifnya adalah untuk menyediakan halatuju yang jelas dan pencapaian setakat ini dalam melaksanakan NKRA serta mendapatkan penyertaan orang awam terhadap inisiatif GTP. Hari Terbuka juga diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu pada Januari 2010.

Hari Terbuka akan menyaksikan orang awam, media, organisasi  bukan kerajaan dan penjawat awam dijemput untuk meneliti keputusan pelbagai makmal pada Hari Terbuka tersebut. Peneraju-peneraju makmal pula akan hadir untuk menjawa soalan-soalan dan mendapat maklum balas daripada para pengunjung.

Pelaksanaan fasa turut membabitkan hasil hala tuju GTP 1Malaysia- dokumen tahunan yang membolehkan orang awam untuk memahami keutamaan kerajaan termasuklah melakukan reformasi besar-besaran dan usaha penyampaian, serta pelan-pelan penyampaian bagi enam NKRA.

Halatuju juga akan menyediakan gambaran keseluruhan kepada orang awam untuk memahami isu-isu tertentu , sebagai contohnya- bagaimana GTP melengkapi inisiatif-inisiatif sedia ada di antara kerajaan ,seperti Model Ekonomi Baru dan PEMUDAH, dan juga bagaimana usaha-usaha tersebut membantu negara mencapai “Wawasan 2020”

Halatuju akan diikuti pula dengan laporan tahunan berikutnya untuk memberi maklumat terkini kepada orang ramai mengenai prestasi penyampaian dibandingkan  dengan pelan dan sasaran yang telah diumumkan. Salinannya boleh didapati dalam bentuk cetakan  dan dimuat turun melalui laman web kerajaan.







Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article