Objektif GTP terbahagi kepada dua (2)-pertama, mengubah kerajaan untuk menjadi lebih efektif dan bertanggungjawab, dan keduanya, membawa Malaysia ke hadapan, bersatu, selamat dan masyarakat berkualiti tinggi. Ini seiring dengan Misi Nasional untuk mencapai Wawasan 2020 –mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), organisasi hybrid pertama yang diwujudkan di kalangan Kerajaan Malaysia dan diterajui oleh golongan cerdik pandai daripada perkhidmatan awam dan sektor swasta, telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 2009.
Objektif utama unit ini adalah untuk memantau pelaksanan dan menilai prestasi GTP,sambil memudahkan dan menyokong penyampaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Menteri (MKRA).
Pengerusi PEMANDU adalah YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang dipertanggungjawabkan memantau Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi. Jawatan Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif PEMANDU pula diterajui oleh YB Senator Dato’ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Perdana Menteri telah memperkenalkan enam (6) NKRA, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar Bandar dan pedalaman, serta menambahbaik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
Menteri-menteri terbabit akan memantau pelaksanaan portfolio KRA masing-masing dan mencapai sasaran-sasaran seperti yang ditetapkan di bawah :
NKRA |
NKPI |
Menteri / Kementerian Peneraju |
Mengurangkan Kadar Jenayah |
|
Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri |
Memerangi Rasuah |
|
Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz , Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan |
|
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. |
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah |
|
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat |
Memperkasakan Prasarana Luar Bandar |
|
Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah |
Menambahbaik Pengangkutan Awam Dalam Jangka Masa Sederhana |
|
Dato’ Sri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan |