- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Empat (4) Nilai Asas Pelengkap

Must read

Mendokong Empat Tonggak Utama Dalam Pentadbiran


Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak mengariskan 4 Nilai Asas Pelengkap yang mendokong Empat (4) Tonggak Utama dalam pentadbiran beliau.


Pertama : Membudayakan Kreativiti dan Inovasi. Menurut beliau, para penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak dan seharusnya berfikiran kritis serta konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.
 
Kedua : Mementingkan Kepantasan bertindak dan Membuat keputusan. Jelas beliau,  sikap seperti melengahkan apa yang mampu kita laksanakan hari ini kepada hari esok atau lusa, tidak harus diubah. Katanya lagi, kepantasan bertindak dan membuat keputusan akan menyebabkan keyakinan rakyat bertambah kepada kerajaan.


Contoh terbaik, setelah  beliau mengumumkan Klinik 1Malaysia dalam ucapan bajet tahun lalu, lebih kurang dua bulan kemudian ia sudah menjadi realiti. Begitulah juga imbuhan tetap bulanan kepada Johan Qari dan Qariah Tilawah Antarabangsa, telah ditunaikan tidak sampai 3 minggu setelah diumumkan.


Aspek kepantasan bertindak dan membuat keputusan juga akan meningkatkan “velocity of money’’ atau halaju kitaran wang dalam sistem ekonomi negara. Selain itu, keputusan pantas terutamanya dalam kelulusan urus niaga, pemberian lesen, development order, tender, kontrak, sebut harga, pembayaran kerja dan lain-lain mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara seterusnya menambah kekayaan nasional.


Ketiga : Nilai untuk Wang atau “Value for money’’ dan dalam aspek tersebut menurut beliau aspek pembaziran, penyelewengan dan gejala salah urus hendaklah dihapuskan daripada pengurusan kewangan awam yang cekap. Sesungguhnya, setiap ringgit dan sen perbelanjaan hendaklah mendapat pulangan nilai paling maksima kepada kerajaan dan rakyat.


Bagi mencapai matlamat nilai untuk wang, maka kaedah pengurusan nilai atau “value management” perlulah diterapkan dalam semua pengurusan projek-projek kerajaan bermula dari peringkat awal lagi.


Penjawat awam menurut beliau perlu mengubah cara dan kaedah dalam merancang dan melihat sesuatu projek untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan. Malah beliau turut mengesyorkan bahawa ganjaran istimewa akan diberikan kepada mana-mana pegawai atau kumpulan pegawai yang berjaya mendatangkan penjimatan yang besar kepada pihak kerajaan.


Keempat : Nilai Integriti, yang menurut beliau  menjadi pelengkap kepada transformasi ke arah menjadi masyarakat maju. Kemajuan tidak hanya dilihat dari sudut kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Tanpa integriti menurutnya, segalanya yang dilaksanakan tidak akan bermakna dan menegaskan peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat.


 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article