- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelbagai Inisiatif dan Penambahbaikan

Must read

Dilaksanakan Bagi Meningkatkan Produktiviti Perkhidmatan awam


Bagi memastikan perkhidmatan awam terus bergerak maju, pelbagai inisiatif, perubahan dan penambahbaikan sedang, serta telah dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi kerja serta produktiviti perkhidmatan awam.  Demikian menurut Perdana Menteri,  YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak ketika Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (Ke 11) baru-baru ini.


Antaranya, yang telah dilaksanakan kerajaan adalah melaksanakan perubahan skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis serta Konstabel yang melibatkan jumlah seramai hampir 99,000 anggota. Perubahan skim perkhidmatan tersebut berlandaskan prinsip taraf kemasukan yang telah dinaikkan.


Berdasarkan prinsip ini juga pihak kerajaan telah meluluskan kenaikan gaji bagi pangkat Inspektor, Penolong Penguasa Polis dan Timbalan Penguasa Polis yang juga kesinambungan kenaikan kepada lain-lain pangkat yang telah dilaksanakan pada masa lalu. Ia juga sebahagian daripada langkah membendung pelbagai hambatan negatif terutama sekali rasuah.  
 
Kerajaan juga menurutnya, turut komited untuk menyediakan prasarana kesihatan yang terbaik dan berkemampuan untuk rakyat.


Sehubungan itu, kerajaan turut bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54 dengan peluang peningkatan dalam tempoh yang lebih wajar. Langkah tersebut diharap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
 
Bagi mengukuhkan khidmat sektor awam lagi, kerajaan telah menggerakkan inovasi dengan memperkenalkan sistem kemasukan pelbagai peringkat yang bertujuan menarik bakat-bakat terbaik di luar pasaran Perkhidmatan Awam.


Beliau turut menjelaskan formula baru yang telah diterokai dan dilaksanakan ialah kemasukan pelbagai gred terhadap pegawai-pegawai secara inter-skim perkhidmatan.
 
Jelasnya  terdapat 31 skim perkhidmatan dalam sektor awam memperuntukkan Kelayakan Masuk Pelbagai di mana, gaji permulaan yang lebih tinggi akan diberi berdasarkan kelayakan akademik, kelayakan professional serta kompetensi-kompetensi lain yang berkaitan.
 
Berkaitan Program Cross Fertilization (iaitu usaha memperkukuh serta memodenkan perkhidmatan awam dengan menarik bakat terbaik ), jelasnya kini ia telah membuahkan hasil.


Sebagai lanjutan daripada usaha tersebut, kerajaan akan meneruskan program-program Cross Fertilization ini dengan beberapa pihak lain seperti agensi antarabangsa, syarikat multinasional, Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.
 
Malah, katanya  Ketua Setiausaha Negara kerana mengambil ownership ke atas program Cross fertilization dengan mengadakan perjumpaan berkala dengan peserta PCF setiap 2 bulan yang menunjukkan impaks yang memberangsangkan.


Melalui program sebegini, Kerajaan yakin matlamat untuk membangunkan pemimpin generasi baru yang berpotensi dan berprestasi tinggi di sektor awam akan tercapai pada akhirnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article