- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Transformasi, Pemikiran-Bertindak

Must read

Perkhidmatan Awam – Menjamin Keutamaan Pencapaian


Jika diamati tema tersebut yang juga tema Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas baru-baru ini, membawa maksud sudah tiba masanya  transformasi cara berfikir dan bertindak anggota Perkhidmatan Awam dan penjawat awam bagi merubah  landskap sosioekonomi negara dengan pantas dan berkesan.


Bagi mencapai matlamat tersebut, wujud keperluan membuat keputusan serta kepantasan dalam pelaksanaan juga perlu sentiasa dipraktikkan dan diamalkan bagi memberikan kesan yang bermakna kepada kesejahteraan rakyat dan negara.


Penjawat awam juga digesa mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam mencapai kaedah terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan mengoptimumkan prinsip “value for money”.


Perkara ini diperjelaskan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ybhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA 11) baru-baru ini.


Malah beliau sendiri mengajak , penjawat awam bertindak menerusi perubahan pemikiran dan kaedah bekerja, seiring dengan pembangunan inovasi dan pembaharuan yang berterusan


Kepantasan juga, menurut beliau berkait rapat sebagai contoh kepantasan berkomunikasi yang penggunaan platform seperti e-mail sebagai medium komunikasi yang pantas dalam memberikan respons dan pandangan terhadap sesuatu keputusan.


Beliau juga pernah menerima emel daripada  mereka, dihantar pada waktu mereka sepatutnya beristirehat [tengah malam – dinihari]


Jelasnya, sudah  tiba  masanya penggunaan dan respons terhadap email ini, dijadikan faktor penting dalam rating atau penilaian prestasi Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan.


Visi kerajaan  yang di bawah kepimpinan Perdana Menteri menurutnya  adalah jelas, iaitu pencapaian sebuah negara maju yang mengutamakan rakyat


Sehubungan itu, perkhidmatan Awam berserta   sektor swasta dan semua segmen masyarakat hendaklah bergandingan bahu, demi merealisasikan Kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat.


Sudah  menjadi tanggungjawab dan kewajiban setiap penjawat awam untuk merealisasikan komitmen gagasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan Program Transformasi Kerajaan yang merupakan tonggak kepada pentadbiran negara masa kini bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.


Dua tonggak ini, seterusnya menurutnya disokong dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai pelengkap kepada “roadmap” yang bakal dilalui oleh jentera perkhidmatan awam dalam menuju destinasi ke arah sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan maju menurut acuan sendiri.



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article