- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berperanan

Must read

sebagai Pasukan Berprestasi Tinggi

Bertepatan dengan tahun 2010 yang diisytiharkan sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti, salah satu perkara yang perlu diambil kira penjawat awam adalah penjanaan idea kreatif yang mampu membawa sesebuah organisasi tersebut ke hadapan dan berdaya maju.

Menyedari betapa pentingnya, Kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang menjengah lebih 10 tahun dilaksanakan, sudah tiba masanya ia diberi nafas baru serta  didefinasikan semula agar segala hasil perbentangan dan kejayaan melalui penganjuran aktiviti sedemikian mampu meningkatkan produktiviti dan penjawat awam yang berinovatif dan kreatif.

Lebih daripada itu, setiap Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) diyakini mampu berperanan sebagai sebuah Pasukan  Berprestasi Tinggi di setiap organisasi masing-masing. Ia akan bertindak sebagai kumpulan pemikir-bertindak ke atas sesuatu penemuan  masalah (dalam projek) dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Bertitik tolak daripada komitmen ketika Perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam tahun lepas, satu pekeliling yang  bertarikh 8 Februari 2010 telah dikeluarkan menyatakan tentang pelaksanaan KIK Perkhidmatan Awam Negeri.

Menurut pekeliling berkenaan, Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ) selaku sekretariat induk peringkat negeri akan bekerjasama dengan Pejabat Residen Bahagian sebagai urusetia bersama penganjuran Konvensyen KIK peringkat  bahagian.

KIK juga dilihat suatu pendekatan yang relevan bagi mewujudkan pasukan berprestasi tinggi di organisasi masing-masing.

Lebih daripada itu, ia juga seiring dengan transformasi yang ingin dibawa Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak ke arah  visi "A World Class Civil Service" dengan memberi penekanan kepada budaya kerja iaitu Pasukan Berprestasi Tinggi (High Team Performance).

Bagi meningkatkan keberkesanannya, menurut pekeliling tersebut kerajaan negeri telah memutuskan semua agensi kerajaan wajib mewujudkan dan mengaktifkan sekurang-kurangnya sebuah pasukan KIK dan menyertai konvensyen KIK peringkat bahagian.

Pemenang akan mewakili bahagian masing-masing dan bertanding di peringkat negeri manakala pasukan KIK yang memenangi konvensyen peringkat negeri akan mewakili Sarawak pada konvesyen KIK peringkat kebangsaan.

KIK adalah keadaan di mana suatu kumpulan terpilih dalam projek berkenaan (KIK) akan cuba mengenalpasti masalah, menganalisa dan menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan terbaik menyelesaikan masalah.

Melaluinya, setiap ahli berlainan unit serta kepakaran, bergabung dan sedaya upaya cuba mencari  cara terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah dan menghasilkan penyelesaian yang boleh merealisasikan penambahbaikan  dalam organisasi  dan jabatan mereka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article