- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Bayaran Wad Kepada Pegawai dan Pesara

Must read

Perkhidmatan Awam Dimansuhkan 1 April 2010


Mulai 1 April 2010, Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam apabila dimasukkan ke hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan.


Perkara ini dijelaskan (TAN SRI ISMAIL ADAM) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam dalam pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 bertarikh 5 Mac 2010.


Pekeliling ini turut memaklumkan  ia juga termasuk juga ahli keluarga dan ibu bapa yang sah yang dimasukkan ke hospital Kerajaan bagi tujuan mendapatkan rawatan.


Walaubagaimanapun, pemansuhan bayaran wad ini tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan kepada pegawai. Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital.

 






















Kumpulan/ Gred


Kelayakan wad


Pengurusan Tertinggi


 


45 – 54


Kelas 1 Bilik Seorang


31 – 44


Kelas 1 Bilik Berdua


21 – 30


Kelas 1 Bilik Bertiga


1 – 20


Kelas 2


Kelayakan wad untuk ahli keluarga dan ibu bapa yang sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai manakala kelayakan wad untuk pesara dan ahli keluarga adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.


Menurut beliau lagi, sekiranya pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi, mereka perlu membayar wad tersebut mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.


Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991 dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan.


Setakat ini, perkhidmatan awam mempunyai 1.2 juta kakitangan dan pesara kerajaan pula 450,000 orang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article