"HR Focal" Bil.1/2010
Perjumpaan Sumber Manusia Untuk HR Focal Bil.1/2010 akan diadakan pada 24 Mac 2010 di Bilik Santapan Negeri, Dewan Undangan Negeri yang membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pembangunan sumber manusia dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak.
Tajuk pembentangan yang menarik dipersembahkan antaranya adalah berkenaan Sindiket HR Lab (disampaikan Encik Malcom Yong Kar Siew, Timbalan Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia), PTK Alternatif dan e-PTK (Encik Mohamad Haji Arsat, Unit Pengurusan Sumber Manusia), Sejarah Perkhidmatan dan Pengisytiharaan Harta (Encik Mohamad Jamal Sahari, Unit Pengurusan Sumber Manusia).
Lain-lain pembentangan adalah berkaitan Surat Pekeliling (Perj. Bil No :22/2009 : Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan yang Telah Berkhidmat 15 Tahun dan Lebih dalam Skim Perkhidmatan dan Perkhidmatan Semasa (oleh Encik Indit Bangai, Unit Pengurusan Sumber Manusia), Pekeliling Skim Perkhidmatan Keluaran 2009 dan 2010 (oleh Puan Dany Neb, Unit Pengurusan Sumber Manusia), Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Peribadi Secara Kelompok (oleh Semawi Haji Mohamad, Unit Pengurusan Sumber Manusia) dan Status Keaktifan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (oleh Encik Malcolm Yong Kar Siew)
Selain itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia) YBhg Datu Abdul Ghafur Shariff akan membentangkan bertajuk 'High Performance Teams : An HR Perspective"
Ia akan dirasmikan oleh YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia.