- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Insentif Untuk Anggota Polis Diraja Malaysia-PDRM

Must read

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan seramai 33,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas am, akan mendapat elaun bulanan RM200, manakala 52,000 anggota berpeluang dinaikkan pangkat secara automatik sekurang-kurangnya selepas tiga tahun berkhidmat.


Pemberian elaun itu, jelas beliau akan dilaksanakan secepat mungkin dan membabitkan peruntukan tambahan RM84 juta setahun.
Mengikut Pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009 pula, katanya, konstabel akan dinaikkan pangkat ke lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat, manakala lans koperal ke koperal selepas lima tahun.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol)  semalam.

Ini dilaksanakan sebahagian daripada sokongan dan dorongan kerajaan atas jasa anggota polis yang bertugas demi bangsa dan negara serta sasaran mengurangkan jenayah selaras dengan komitmen dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menjelas lebih lanjut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang medianya berkata skim pelarasan perkhidmatan baru yang diumumkan Perdana Menteri itu hanya membabitkan konstabel dan lans koperal, manakala bagi jawatan pangkat rendah lain, mereka perlu mengikuti kursus kenaikan pangkat.

Lanjutan daripada itu, jelasnya, PDRM akan mengadakan program peningkatan kerjaya kepada semua anggotanya bagi memberi galakkan motivasi kepada mereka supaya sentiasa bekerja lebih keras untuk mendapat peluang kenaikan pangkat.


Untuk rekod, pada bulan lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan seramai 98,747 anggota dan pegawai polis mendapat `durian runtuh' berikutan pelaksanaan skim perkhidmatan baru membabitkan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP), berkuat kuasa 1 Januari tahun lalu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article